Related Posts with Thumbnails

KEMBARA MIKE HORN

December 1, 2009 ·
PETUALANG MIKE HORN

Mike Horn, 43 lahir di Afrika Selatan, penjelajah antarabangsa pernah berjalan kaki merentasi Amerika Selatan, penerbangan solo menggunakan paragliding; hidrospeed dan pirogue dan berenang menyusuri Sungai Amazon pada 1997 secara solo.

Horn juga pernah berjalan dan belayar di sepanjang laluan garis Khatulistiwa selama 18 bulan pada 1999.

Horn dan pasukannya (Borge Ousland) menjadi kumpulan pertama menjelajah Kutub Utara tanpa bantuan haiwan da kenderaan bermotor pada musim gelap (2006).

Beliau sentiasa menukar elemen dalam setiap ekpedisinya. Dari ais ke gunung, hutan, gurun, sungai, hinggalah ke lautan.Terkini, Projek Alam Sekitar Pangaea (mengelilingi dunia) singgah di Pulau Sipadan, Sabah bagi meneroka dasar laut Sipadan, melawati pusat memuliharaan penyu (Pulau Lankayan) serta pusat perlindungan Orang Utan.

Katanya, keluargaanya memberikan kebebasan untuk beliau melakukan apa sahaja yang diingini. Kebebasan menjadikan minda seseorang terbuka dan kreatif. Apa yang membezakan hanyalah faktor yang menjadi keutamaan kita.

“Kita harus faham alam semulajadi adalah pesaing dan lazimnya lebih kuat daripada kita. Apabila kita boleh menghormati pesaing kita, peluang untuk kita selamat adalah lebih cerah..

Mike Horn juga terpaksa meninggalkan keluarganya dalam setiap ekpedisi namun katanya, anaknya tidak pernah mempersoalkan apa yang dibuatnya kerana mereka sudah biasa dengan situasi tersebut sejak lahir. Tempoh paling lama tidak berada di rumah adalah dua tahun setengah. Apabila ia pulang, perasaan seolah-olah umpama dia tidak pernah meninggalkan keluarganya.

Apa yang ingin disampaikan oleh Horn ialah bahawa dunia ini ialah ‘ibu’ kita dan kita harus menjaganya. Jika kita tidak bertindak bijak, kita sendiri akan menanggung kesannya. Wujud jurang golongan muda dengan alam sekitar menyebabkan mereka tidak menghormati dan mengharhai anugerah ini. Maka beliau mewujudkan Ekspedisi Empat Tahun (Projek Alam Sekitar Pangaea) untuk menunjukkan kepada generasi muda keindahan planet ini agar timbul kesedaran untuk memelihara apa yang dimiliki sekarang.

Penjelajah: Pengembara/petualang; Sanggup meninggalkan keluarga dan keselesaan hidup semata-mata ingin melihat dunia (mencerna pengetahuan, mengenali dan meningkatkan kekuatan diri).

‘Save the World’

Dan lepas baca jangan lupa bagi Satu Kali Klik untuk 
Terima Kasih!

0 comments:

MyFriends

Sharing & Caring

Demokrasi adalah Ateisme yang tidak terbatas. Demokrasi adalah hal yang buruk dan bentuk Ateisme yang tertinggi.

Leave Your Words