Related Posts with Thumbnails

MENGEJAR PELANGI DI BALIK GELOMBANG 03

December 8, 2009 ·

Badai Samudera Atlantik (Sang Penakluk Gelombang)

Suatu pagi (26 Disember 1992), udara di pelabuhan sangat sejuk menusuk tulang. Tiada kelihatan orang du Marina ketika itu. Tali perahu dilepaskan, meninggalkan New York di bawah musim dingin yang biasanya sepi kelihatan lagi sepi.

Tidal lama lagi aku akan berada di Samudera Atlantik. Walaupun memakai enam lapisan pakaian, dingin makin terasa menusuk tulang. Ini bererti kadang-kadang harus memakai beberapa lapisan. Ini menyulitkan ketika perlu bergerak cepat. Masalah terbesar adalah ketika harus ke WC, terpaksa melepaskan pakaian satu per satu ketika perahu seperti kuda liar. Bahaya yang besar ialah jatuh ke laut, dengan  suhu air yang sejuk boleh menyebabkan kematian dalam tempoh yang singkat. Malam ini adalah malam yang panjang bagiku. Sekurang-kurangnya aku harus melupakan tidur. Tiada satu pun bintang di langit hanya suara angin dan gelombang yang terdengar semakin keras. Ombak yang datang dari haluan lambung kanan membuat goncangan perahu semakin terasa. Sepanjang malam terus berada di belakang kemudi parahu. Sekali-sekala aku turun ke dapur untuk dapatkan minuman yang hangat. Tertulis ayat dari sudut hati ; “Berdiri sendirian sambil menggigil kedinginan dalam suasana malam yang gelap gelita di Samudera Atlantik adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan”.

Haluan perahu adalah ke tempat yang paling berbahaya kerana selain tidak banyak ruang untuk bergerak, juga di situ tempat di mana goncangan perahu paling terasa. Sesekali haluan perahu ditutupi oleh gelombang sehingga aku seperti berada di bawah air terjun, yang masin dan dingin sekali.Layar yang diikat harus diikat kemas di pinggir perahu. Pernah sekali layar yang belum diikat dengan kemas disapu gelombang sehingga jatuh ke laut. Menarik layar yang terjatuh dalam kondisi seperti itu adalah satu pekerjaan yang paling berat dan sangat merbahaya. Seandainya aku terjatuh ke laut, peluang untuk hidup tidak ada sama sekali. Walaupun aku memakai baju keselamatan, aku masih tidak boleh melindungi diriku jika tidak menjangkau sesuatu untuk dipegang erat. Mulai sekarang aku harus membiasakan berbuat sesuatu dalam kegelapan.

Semakin kencang angin semakin sulit untuk mengecilkan atau menurunkan layar. Ada situasi dimana layar tidak dapat diturunkan sama sekali dan konsekuensinya hanya ada dua. Tidak satu pun dari dua hal ini boleh dikatakan menyenangkan. Pertama, perahu layar boleh terbalik kerana gagal menahan tekanan layar. Kedua, layar akhirnya koyak kerana gagal menahan tekanan angina. Aku biasanya mengecilkan layar begitu aku merasa dingin akan bertambah kuat. Aku merangkak dengan perlahan menuju ke tiang layar perahu untuk mengecilkan layar. Dek perahu terasa sangat licin. Ini disebabkan oleh lapisan air yang telah membeku. Bererti suhu udara telah melewati titik beku. Konsisi ini sangat berbahaya kerana kemungkinan kecelakaan menjadi semakin bertambah besar. Malam itu aku terdengar sesuatu yang patah. Dikuatiri adalah kerosakan alat-alat perahu di laut terutamanya di awal pelayaran-mengigatkan jarak yang harus ditempuh masih sangat jauh.

Menikmati romantisnya kesendirian ditengah laut lepas dengan perahu layar. Bertahan dalam kepungan badai dan ancaman kematian.


Bersambung.

Dan lepas baca jangan lupa bagi Satu Kali Klik untuk 
Terima Kasih!

0 comments:

MyFriends

Sharing & Caring

Demokrasi adalah Ateisme yang tidak terbatas. Demokrasi adalah hal yang buruk dan bentuk Ateisme yang tertinggi.

Leave Your Words