Related Posts with Thumbnails

MENGEJAR PELANGI DI BALIK GELOMBANG 04

December 10, 2009 ·
Lima Ribu Dollar 

Ternyata alat yang digunakan untuk membantu mengendalikan layar belakang yang digelar ‘traveller’ patah dan tidak berfungsi sama sekali. Walaupun kerosakan ini tidak begitu serius, tanpanya akan lebih sulit mengendalikan layar. Keadaan malam kedua jauh lebih buruk dibandingkan malam pertama. Yang paling terasa ialah dingin yang menusuk tulang. Di lapisan luar adalah waterproof kerana sering disimbahi air laut dari ombak yang selalu melangkaui  perahu. Namun akhirnya air masin itu menembusi semua pakaian ku. Cuaca tampak semakin buruk. Hari-hari berikutnya angina bertambah kuat dan kali ini datang dari buritan perahu. Ombak semakin deras bertentangan dengan arah angin. Ini sangat merbahaya kerana ombak semakin bergelora.. Gelombang kini semakin pendek, curam dan tidak teratur.

Malam ketiga, pertama kali aku dihinggapi rasa takut ketika mendengar suara angin yang menderu-deru, tanda akan bertambah kencang. Entah bila badai ini akan berakhir. Badai membuat permukaan laut hampir putih dari gelombang yang memecah dan juga dari butiran air laut yang beterbangan di udara. Gelombang yang menerpa perahuku kadang-kadang menyebabkan perahu bergetar. Entah sampai bila kabel-kabel penyangga tiang boleh bertahan. Beberapa kali perahuku seperti jatuh dari puncak gelombang. Barang-barang yang ada di perahu bertaburan di mana-mana.Aku mula kehabisan pakaian kering. Seluruh penutup kaki dan sarung tanganku basah serta tida lagi yang boleh dipakai. Jari jemari mula dingin. Memasak sudah tidak memungkinkan lagi. Sebagai galang gantinya aku hanya memakan buah-buahan kering seperti kurma, kekacang, apricot dan snack yang mengandungi protein yang tinggi. Tidur sama sekali tidak boleh. Semalaman menggigil kedinginan. Bagi mencegah hypothermia seluruh badanku dibaluti dengan kertas timah aluminium foil.

Hari kelima, cuaca sedikit baik, dan udara mula hangat. Aku cuba menghidupkan mesin perahu. Hanya suara ‘klik’ kedengaran. Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya aku memastikan air laut masuk ke mesin melalui paip pembuangan. Ini bermaksud aku tidak dapat menggunakan mesin itu lagi.Aku perlu segera memutuskan apa yang akan dilakukan sekarang. Meneruskan pelayaran dengan kondisi yang tidak enak adalah sangat merbahaya dengan jarak yang masih lagi jauh. Pulang ke New York juga parah kerana terpaksa menentang angin di hadapan. Akhirnya aku memutuskan untuk kembali ke New York. Hari-hari seterusnya merupakan hari-hari terburuk bagiku. Aku mulai merasa lemah,layar diturunkan seluruhnya. Keselamatanku hanya pada perahu layar dan nasib.

Aku perlukan istirehat sebelum membuat suatu kesalahan yang mengakibatkan fatal. Nasibku dan perahuku hanya bergantung kepada belas kasihan alam. Malam ketujuh mungkin malam terburuk dalam pelayaran ini. Seluruh jendela dan pintu ditutupi serapat mungkin. Aku cuba untuk tidur, namun usahaku ternyata sia-sia. Bunyi angin dan gelombang semakin keras dan menakutkan. Getaran perahu ketika terhempas oleh gelombang semakin kencang. Perahu sudah tidak boleh dikendalikan lagi. Hanya diombang ambing kan oleh badai. Untuk pertama kali dalam hidupku aku merasa jiwaku terancam.Seperti biasa manusiadalamsituasi ini,ketika pertolongan manusia tidak boleh diharapkan,aku mencuba menbaca doa-doadan ayat-ayat Al-Quran yangmasih ku ingati. Dua layar yang baru sahaja kubeli beharga lima ribu dollar sebelum aku berangkat habis koyak.Aku terpaksa menggunakan layar lama. Jasa penyelamat adalah yang lusuh itu jua.

Bersambung... 
(Gambar: Hanya Gambar Hiasan)


Dan lepas baca jangan lupa bagi Satu Kali Klik untuk 
Terima Kasih!

0 comments:

MyFriends

Sharing & Caring

Demokrasi adalah Ateisme yang tidak terbatas. Demokrasi adalah hal yang buruk dan bentuk Ateisme yang tertinggi.

Leave Your Words