Related Posts with Thumbnails

MENGEJAR PELANGI DI BALIK GELOMBANG 05

December 20, 2009 ·
6 Januari 1993


Jam pukul sembilan, dengan angin mulai terasa terhembus. Dua jam kemudian, dari kejauhan bayangan bangunan-bangunan tinggi di Lower Manhattan, New York mulai tampak. Ketika menjejak kaki di dermaga yang ku tinggalkan sebelas hari yang lalu, aku terasa seperti orang yang baru dibebaskan dari hukuman mati. Fazham masih kental atau sudah gugur? Kisah ini mengajarnya keperitan dan perjuangan. Namun keperitan dan kepayahan itu jua yang menyunting jiwanya untuk berjuang semula selepas enam bulan kemudian, tanggal 28 Jun 1993..


28 Jun 1993, musim panas, matahari terbit lebih awal dan terbenam lebih lambat. Eropah la katakan, kalau di Malaysia entah la macamana, jemu la nak tunggu malam. Cerita semula; di subuh hari itu ufuk timur namak sangat cerah. Pagi itu aku akan memulakan pelayaranku dari New York menuju ke Panama sebelum ke Indonesia.Lebih kurang lima belas ribu mil jarak yang memisahkan Pelabuhan New York dengan tempat tujuanku. Harusnya melewati Lautan Atlantik, Laut Karibia,Terusan Panama, Lautan Pasifik, Selat Torres atau Selat Sulawesi sebelum memasuki perairan Indonesia. Walaupun sering berlayar,hari-hari pertamaku dalam pelayaran biasanya kurang enak kerana secara fizik dan mentalnya aku harus menyesuaikan diri dengan alam yang baru dan beradaptasi dengan gerakan perahu bersama angin serta gelombang. Pola tidur yang berubah secara radikal juga membuat aku kurang selesa. Namun demi keselamatan, paling lama tidur hanya sekitar dua jam. Perlu melihat sekitar sekiranya terdapat kapal-kapal lain, cuaca dan memeriksa arah perahu layar. Dalam peraturan laut harus selalu ada yang menjadi ‘penjaga’. Tiada pengecualian. Jadi sebenarnya berlayar secara solo ini secara hukumnya tidak dibenarkan. Jika terjadi tabrakan, mereka akan dipersalahkan kerana mustahil bagi pelaut untuk berjaga selama 24 jam.


Malam pertama aku hampir tidak tidur sama sekali. Sejauh ini semuanya berfungsi dengan baik. Malam itu,ketika duduk sendirian di kegelapan malam sambil menikmati secangkir kopi panas dengan ditemani suara angin dan gelombang,bahawa aku adalah manusia yang paling bahagia di atas bumi ini. Hari-hari berikutnya berlalu tanpa ada yang perluku ceritakan. Tubuhku mulai menyesuaikan diri dengan kehidupan dunia yang baru ini. Rasa mual yang kualami pada hari pertama sudah hilang sama sekali. Aku mulai melakukan tugasan seperi biasa pelayaran serta membuat jadual sendiri dan cuba untuk melaksanakannya malah menepatinya.

Okey..kita bersambung lagi (Slamat MaalHijrah) 


Dan lepas baca jangan lupa bagi Satu Kali Klik untuk 
Terima Kasih!

0 comments:

MyFriends

Sharing & Caring

Demokrasi adalah Ateisme yang tidak terbatas. Demokrasi adalah hal yang buruk dan bentuk Ateisme yang tertinggi.

Leave Your Words