Related Posts with Thumbnails

Blog | Blogger | Bloggist | Bloggerism

March 23, 2010 · 17 comments
Myskrempes
Blogger Baru | Informasi | Diari | Politik | Agama | Bisness/Syarikat/Pertubuhan | Bisness Internet | Up Traficc/Blog Hits | Follower/Pengikut | Pengiklanan (Nuffnang, Innity dan lain-lain Advs) | Blog walking | Aktiviti dan Entri | Komuniti Blogger | Etika Berblog

Assalammualaikum/Salam Sejahtera.
Dunia Blogger di Malaysia dah semakin rancak. satu blog akan wujud dalam satu hari paling minima. Apa yang nak kongsi kat sini ialah ragam dan gelagat blogger di Malaysia yang kita selalu jumpa. Ada macam-macam golongan blogger di negara kita ni. Mari kita bincangkan di bawah.

Blogger Baru
Golongan blogger yang baru biasanya akan mula berkecimpung dengan mencari templete yang cantik-cantik. Selepas tu mula sibuk dengan widget-widget yang bermacam-macam fungsi. Ada yang berkelip-kelip, merelip-relip, warna warni. cantik dan gerek! banyak soalan-soalan bagaimana nak isi itu, nak isi ini diutarakan. Makin lama makin cantik. Tak hengat punya. Semua ada.

Informasi
Bila sudah lama skit kita mula berkongsi pelbagai Informasi. Ada yang kongsi tips-tips berblog, kaedah-kaedah berblog, tutorial, maklumat yang memudahkan semua blogger. Ada juga yang berkongsi informasi-informasi lain seperti kemahiran ict, petua, lokasi, maklumat barangan, sukan, buletin, maklumat itu ini dan lain-lain. pelbagai kemahiran dikongsikan bagi memastikan blogger lain mendapat kepuasan dalam usahanya.

Diari
Ada juga blogger yang berkongsi pasal kehidupan seharian. Ragam haiwan belaan di rumah. Aktiviti harian yang dikongsi untuk tatapan blogger lain. Tak kisah la crita apa pun, kadang-kadang cerita pergi makan burger pun ada. Jangan heran kalau jumpa blog yang duk isi gamba kucing tu, dah dia nak kongsikan pasal kucing dia buat pengetahuan blogger lain,  janji sume hepi. Dari bangun tido sampailah ke tido semula, sume ada. Ada juga yang mengisahkan tentang suatu peristiwa seperti kemalangan, kebakaran, majlis dan lain-lain. Sume ada.

Politik
Tak tinggal juga yang buat entri pasal politik, cerita-cerita gelagat politik tanah air. Ada yang pihak A dan ada juga yang pihak B. Tak kisah la, tu sume hak kita. Tapi hati-hati sikit, nanti tak pasal-pasal pulak dapat kes. Faham etika, insyaAllah semua baik.

Agama
Syukur, kita masih ada pendakwah di alam Blogger ni. banyak ilmu-ilmu agama dikongsikan untuk semua. Tahniah kepada blogger yang macam ni. teruskan berdakwah. Ada hadis, sirah dan lain-lain yang berkaitan. Yang penting dalam kita menjalani kehidupan seharian, dapatlah kita mendapat kesedaran sedikit sebanyak ilmu. Ingat pada tuhan.

Bisness/Syarikat/Pertubuhan
Blogger yang orang bisness memang banyak, mereka menggunakan saluran ini untuk membuat promosi pasal bisness they all. Satu alternatif yang bijak. Moga suksess dalam perniagaan. Ada yang jual keh, kek, langsir, baju, kasut dan lain-lain. Ada juga entiti perniagaan, komuniti, pertubuhan dan lain-lain menggunakan blog sebagai penyampai maklumat menggantikan website untuk aktiviti mereka. memandangkan blog lebih mesra pengguna dan mudah, tak salah untuk menggunakannya.

Bisness Internet
Ramai juga yang join bisness internet. Cari klik, cari networking, cari downline dan lain-lain. semuanya menguntungkan. janji ada usaha semua jadi. Ada yang mencuba ada yang mania. Tarak hal. Blog untuk orang yang pandai menggunakan peluang yang ada.

Up Traficc/Blog Hits
Dalam dunia blogger banyak blogger yang mencari komuniti dan networking untuk mendapatkan hit atau traficc yang tinggi untuk blognya bagi memastikan blognya mendapat rate yang baik. Tak dinafikan dunia blog memerlukan hit atau traffic yang tinggi, ramai blogger yang suka mengukur kadar traffic blognya dengan pelbagai site meter yang disediakan. Ada yang dapat kepuasan berblog apabila blognya mendapat kadar traffic yang tinggi. Pelbagai usaha dilakukan untuk mencapai untuk mendapatkan utiliti tersebut.

Follower/Pengikut
Ada juga blogger yang suka bila blognya mendapat pengikut/Follower yang ramai. Namun kebanyakkan blogger yang aktif akan mengambil kira kepentingan atau pembolehubah sebelum mengikuti suatu blog. Ada yang suka muzik, ada yang suka info, ada yang suka kerana blog itu cantik, ada yang suka bisness, ada yang suka entri-entri yang menarik lagi berkualiti. dan macam-macam lagilah. Namun memang ramai blogger yang suka bila jumlah followernya ramai. terpulanglah apa pun, itukan hak kita masing-masing.

Pengiklanan (Nuffnang, Innity dan lain-lain Advs)
Siapa tak nak duit? berblog dapat duit. Huih! Ramai blogger mula menumpukan perhatian pada unsur ini bila berblog. Mula-mula berblog tak tahu lagi, bila dah lama-lama, dan dah nampak peluang terus berblog ke arah ini. Mula-mula buat blog untuk suka-suka, nak berkongsi maklumat atau lain-lain tujuan, bila dah nampak peluang, apalagi rebut la peluang yang ada. Ramai juga blogger yang sifu dalam bidang ini dan berkongsi maklumat yang berkenaan. Tak kisahlah kalau dah bertukar angin, janji kita sume happy. Selamat berjaya!

Blog walking
Satu istilah yang berkait rapat dengan up trafficc, hits, dan pengiklanan. Ramai blogger mula membuat lawatan ke blog lain dan meninggalkan url. kadang-kadang ada juga blogger yang berblog hanya pentingkan trafficc dari menyediakan posting yang berkualiti, info yang menarik dan membuat komen berkualiti di entri blogger lain. Namun ia tetap menjadi keperluan untuk mendapatkan networking dan kenalan blogger yang lain.

Aktiviti dan Entri
Blogger masa kini suka mengambil inisiatif untuk membuat pelbagai aktiviti di blog mereka. Paling popular ialah peraduan/contest. Kalau dulu blogger hanya suka membuat polls dan membuat entri-entri berbentuk perbincangan. Tak kurang juga yang entrinya bermacam-macam jenis posting, muzik ada, info ada, dakwah ada, cerita, peristiwa dan lain-lain. Ada juga yang menjaga kualiti entri dalam blog. kekemasan entri, sumber-sumber entri yang fresh dan lain-lain. Golongan ini tidak suka dengan entri-entri yang melalut dan yang tidak memberi info. Ia lebih kepada jurnal dan artikel. Tiada prinsip copy & paste dalam menjaga kualiti blog, walaupun diambil dari sumber lain ia tetap digarap dan dinyatakan sumbernya.

Komuniti Blogger
Kemunculan pelbagai komuniti blogger yang menghimpunkan blogger mengikut pelbagai bentuk seperti mengikut negeri, tempat, kelab sukan, kelab peminat, persatuan, keturunan dan lain-lain membantu membanyakkan aktiviti blogger yang ada. Paling best ialah gengblogger. Tahniah kepada pihak pengurusannya kerana memberi kita semua peluang untuk meneruskan aktiviti berblogger dengan lebih berkesan dan mencari kenalan dengan lebih baik.

Etika Berblog
Ramai yang samar-samar dengan etika berblog kerana kebebasan yang ada menyebabkan kita syok tak hengat. Ada banyak etika seperti etika membuat posting, menulis komen, gambar-gambar dalam blog dan lain-lain. Contohnya; jika membuat posting haruslah kita mengambil kira bahasa, budi bahasa, terma dan ayat yang dibuat tidak melibatkan maruah atau menyentuh sesuatu perkara yang sensitif, begitu juga dengan gambar-gambar yang kita letak. pastikan ada pautan ke sumber jika mengambil sesuatu info dari tempat lain. menghormati hasil dan usaha blogger lain serta penyumbang artikel. Selain itu etika membuat komen bagi entri blogger lain, komen ditulis dengan penuh bermaklumat, hormat dan tersusun, tiada komen yang ringkas (biasanya hanya bertujuan untuk mendapatkan hit ke blognya semula) seperti yang dibuat di aplikasi sosial lain. kalau dalam Facebook atau friendster komen dibuat dengan ringkas. Tetapi di dalam blog ia tidak sepatutnya begitu. Jika nak tahu lebih lanjut, cari blogger yang lama-lama dan belajar. Saya pun orang baru juga, nak terang lebih-lebih macam tak best pulak. Namun blogger biasanya cepat belajar dari sesuatu perkara.

Akhir sekali, sebagai blogger kita tetap cool dan menghormati geng-geng blogger yang ada, cuma ada segelintir sahaja yang menjadi isu. Kepada pembaca yang bukan blogger harap fahami kami dan tidak memandang negatif kepada kami para blogger ni. Berblog hanya satu kaedah bersosial untuk kami memanipulasi peluang yang ada, mengeksploitasi kemajuan yang ada, dan membantu kami mengatur cara bersosial yang sihat. ini satu pengurusan sosial dan stress yang juga berkesan. Jadi kepada para blogger semua, teruskan usaha kita semua untuk kepuasan kita sendiri dan geng-geng kita di alam maya ini dengan penuh etika serta cara masing-masing. Terima kasih semua. Jom bersosial! Wassalam.

Dan lepas layan jangan lupa bagi Satu Kali Klik untuk 
Terima Kasih!

Tujuh Cerita Balada Pengundi Jalanan

March 6, 2010 · 7 comments

Salam, banyak dah posting berkaitan dengan politik dibuat oleh kawan-kawan blogger yang lain. Terasa juga nak buat menda yang sama tetapi dalam versi yang lain. Kali ini nak kongsi sikit perkara yang berkaitan dengan politik. 

Permulaannya ialah musim mengundi. Para-para bakal wakil rakyat acap kali turun padang, habis ceruk kampung di turun. kempen Undilah Saya. rakyat pun ambil kesempatan minta ini itu, sebab masa ini sahaja mereka boleh minta dan dapat. Pendapat mereka. Minta jalan dapat jalan, minta dewan dapat dewan, minta kerbau lembu, dapat. Selepas pilihanraya, kubu-kubu, balairaya, pusat-pusat mengempen pana, kosong. Yang tinggal hanya Wakil Rakyat di Pusat Wakil Rakyat nun di bandar yang susah sangat nak jumpa YB kerana dia sibuk. Cuba kirakan, barapa kali si YB ni turun ke ceruk-ceruk kampung selepas itu. Of coz dia sibuk, metting sana-sini, hal itu ini. Minta itu ini, harapan tu tak berapa adalah, budget takde, dan lain-lain. namun kalau turun padang pun dah kira sejuk juga hati pengundi.

Cerita kedua, Wakil Rakyat=mewakili rakyat di kawasannya. Masuk dewan. Adakah dia bawa maksud atau amanah dari rakyatnya. Berapa banyak pendapat atau keputusan rakyat yang diketengahkan?. Masih sibuk berpolitik, musim mengundi sudah habis, tapi masih tak habis-habis cerita politik dalam surat khabar, kedai kopi dan lain-lain,  tak percaya? beli paper selak satu persatu. kes saman sana, saman sini, masalah dalaman politik itu ini. bila masa mahu tunaikan janji-janji dan berkhidmat untuk rakyat? Dah takde cerita sosial rakyat dah di negara ini kot.

Cerita ketiga, orang kampung pun sibuk juga berpolitik tak tentu hala. duduk sekampung bermasam muka, sembahyang lain-lain madrasah, ada yang berparang, bertekak. ntah hapa-hapa. Orang ini tak betul, orang ini salah. Mujurlah hanya segelintir. Macam-macam saluran digunakan. tv, radio, risalah, ceramah, paper, yang pastinya dah ramai yang bosan dan mencemuh. Mana cerita rakyat. kadang-kadang ada kadang-kadang takde. Bila sibuk cerita orang susah dipaparkan, aduan rakyat dipaparkan, barulah keluar orang-orang berkenaan hulur bantuan. Tengok laman-laman web yang berunsur politik, macam-macam cerita ada, sana buruk, sini kotor, edit gambar pun ada, reka cerita itu ini, apa tujuan? mau sakitkan hati orang? semuanya pelik. kadang-kadang tu macam dah tiada agama dan undang-undang dibuatnya. atas hati dan perasaan aje. Atas pagar, relex aje.

Cerita keempat, pucuk pimpinan nak basmi kemiskinan, nak naik taraf hidup, anti rasuah, itu ini kempen, tapi fikirlah sendiri ckap pun tarak guna. jalan rosak lubang sana sini, orang besar-besar bawa kereta besar-besar, mana rasa ada lubang atas jalan. nun orang tua bawak motor kereta melantun-lantun atas jalan. Orang kampung minta tanah, 10 tahun mohon pun tarak berita lagi, kabel takde, duit takde. hantam tanah haram, kena pulak tindakan. kadang-kadang tu orang itulah juga yang mengantung banner dan posternya. namun kalau dihulur wang, baja dan apa-apa bantuan, terima aja. kalau tak dapat macam-macamlah pula.

Cerita kelima, YB pening kepala duduk atas kerusi empuk, orang kampung itu minta itu, orang kampung ini minta ini, peruntukkan tak cukup. Ingat dia tu cop duit ke. tahu nak minta aje. Kos itu ini, kadang-kadang pening kepala sampai tak pergi dewan bersidang  pun ada, terlupa yang dia tu wakil rakyat.

Cerita keenam, Kerajaan persekutuan telah menyediakan peruntukkan untuk Kerajaan negeri dan kerajaan tempatan mengikut garis-garis panduan tertentu. Terdapat projek-projek yang direct ke Kerajaan Persekutuan yang negeri tidak boleh buat. Semua perancangan ekonomi dilakukan mengikut keperluan dan peruntukkan yang dibuat, rakyat perlu bersabar. sabar dan sabar. untuk maju ketahap ini bukanlah semata-mata peruntukkan tetapi sikap dan pengurusan yang cekap. Deflasi, Inflasi, indeks harga pengguna, Pengganguran, indeks itu ini dan lain-lain semuanya diambil kira untuk sesuatu keputusan dalam memerintah, yang mungkin segelintir orang tidak memahaminya. Namun itu bukan alasan, kata orang-orang kampung/pengundi tegar.

Cerita ketujuh, ada yang hampa, kecewa, gembira bila berbincang berkenaan politik. Ada yang fanatik, ada yang low profile, ada yang atas pagar. Disebabkan cuaca politik yang kejap mendung, kejap terang. rasanya, ramai yang dah bosan, menyampah dan macam-macam lagi dengan perangai politik ni. Apa yang penting mungkin sikap dan tanggungjawab. Tahu yang mana baik & yang mana buruk. Kesederhanaan itu lagi best. Salam Mesra dari Che Wie, Wassalam.


Bongkar (versi Live Band)
  
Bongkar (Versi Konsert)
Boleh layan banyak lagi lagu-lagu tema lain seperti Asik Ngak Asik,
Balada Pengangguran dan lain-lain.
Yang Baik Jadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan.

Dan lepas layan jangan lupa bagi Satu Kali Klik untuk 
Terima Kasih!

MyFriends

Sharing & Caring

Demokrasi adalah Ateisme yang tidak terbatas. Demokrasi adalah hal yang buruk dan bentuk Ateisme yang tertinggi.

Leave Your Words