Related Posts with Thumbnails

Makan Daging Gajah

April 30, 2010 · 10 comments

Salam, baru-baru ni ada terima satu gambar dari sorang pakcik. Menarik sekali gambar dia. Pasal seekor gajah mati di suatu tempat di Zimbabwe. Orang makan gajah mati. Nak jadikan cerita, Syukur sangat la kita di sini bleh makan dengan suka hati coz mudah je dapat makan. Siap buang-buang ke tong sampah lagi, kadang-kadang sampai basi tak habis makan. Tu belum kira stok yang beku dalam peti ais lagi, mudah sangat nak makan. Sampai tahap, nak makan pun hanya buat panggilan je, terus makanan sampai depan pintu. Bekalan banyak. Syukur pada tuhan kerana kurniakan rahmat begini. Dan terima kasih pada pemerintah kerana sentiasa memastikan bekalan makanan kita cukup dan berusaha meningkatkan pengeluarannya. Layan je gambar di bawah ni: macamana seekor gajah lebih kurang 6 tan beratnya lesap dalam masa beberapa jam?

Seekor Gajah mati kerana usia yang dah tua sangat dah. (ajal dia)

Orang kampung datang berduyun-duyun, 
tak payah nak pergi memburu atau buat jerat dah

Upaca melapah dimulakan. Sabo-sabo, jangan rebut-rebut.

Okey, yang lain boleh duk sana ye, tengok je dulu jadi penonton.

Masa untuk pengagihan, mari ambik sikit sorang. 
Buat gulai okey kot?

Elok-elok sikit bang oii, terkapak kepala tu karang.

Dah jadi fosil berdaging dah ni. Tulang kira kati aje. Bagi murah

Mana? lesap dah. isi perut pun jalan gak.

Macam tu lah keadaannya di negara orang, ni kiranya tuhan nak tunjukkan tauladan kepada kita agar bersyukur dengan apa yang dikurniakan. Semoga kita 'ingat' akan DIA dan bersyukur setiap masa. dan agar rezeki ini sentiasa dilimpahi dan dicukupkan kepada kita dan mereka-mereka semua. Amin
Wassalam.

(Regards for David Chancellor for the photo)

Dan lepas layan jangan lupa bagi Satu Kali Klik untuk 
Terima Kasih!

Surat Cinta Buat Nuffnangers

April 20, 2010 · 23 comments






* Tolong jangan inform bahawa kita telah klik iklan dalam CBOX atau Shoutmix yang ada dalam blog ini dan blog yang kita lawati kerana ia satu kesalahan. Cukuplah sekadar menulis nota 'salam' tanda lawatan/kunjungan. Ikhlas itukan lebih baik.

Dear Nuffnangers,

As you might already know, there are 2 different types of campaigns from Nuffnang: Metered (mCPM) Campaigns , which pay according to the number of visitors who see the ads; and Cost-Per-Click (CPC) campaigns, which pay bloggers based on the number of clicks generated on the ads.

It has come to our attention that certain groups have been committing click fraud, which is defined as clicking on CPC advertisements intentionally just to generate earnings for a blog's owner. Do note that this act is an abuse of our Terms & Conditions under Section 6.

Banner ads are only supposed to be clicked on if the viewer is interested to find out more about the advertising campaign, and not for the intention of earning extra money. Should this situation worsen, the frequency of ad campaigns might be significantly reduced as we'll only be able to sell ad spaces on blogs with no click fraud record.

Our system is capable of tracking these illegal actions which are documented and if necessary, be used as evidence for any legal purposes. In the past, Nuffnang has suspended and banned various individuals and groups for committing this offence. However, as the number of bloggers who commit this selfish act has been growing in an alarming rate within our community, we're forced to be more vigilant and will take necessary action to ensure our other members of the community who do not engage in such act to suffer in the long run.

If you are aware of any of your friends or anyone who have been engaging in such acts, we would appreciate it if you could kindly advise them to refrain from doing so, as bloggers who are caught engaging in click fraud activities will be punished severely, either by suspension or termination.

Thank you for your attention.

Cheers
Blogger Relations Department
Nuffnang Sdn Bhd


Dan lepas layan jangan lupa bagi Satu Kali Klik untuk 
Terima Kasih!

Firefox dengan turbo | Firefox with turbo

April 14, 2010 · 19 comments


Salam, kali ini nak kongsi bagaimana nak setting firefox dengan sistem turbo pulak. Bukan mesin je boleh taruk turbo, Firefox pun boleh. Ini untuk pengguna yang menggunakan firefox jelah. Ok, follow je arahan di bawah:

1) Taip about: config di address bar Firefox dan tekan Enter.

2) Taip network.http.pipe pada bar carian Filter.

3) Double-click pada  network.http.pipelining untuk menukar kepada true jika belum dilakukan/ditukar.kemudian,

4) Double-click pada network.http.pipelining.maxrequests dan tukar kepada nilai interger 34 serta klik ok.
 
5) Untuk mengaktifkan ciri turbo dalam Firefox kita perlu untuk melakukan secara manual mengikut utamaan.
Right-click di manapun pada halaman dan pilih New dan kemudian pilih Boolean.


6) Masukkan browser.turbo.enabled sebagai nama keutamaan dalam kotak nilai boolean dan klik ok, kemudian set nilai dalam tempat Masukkan nilai Boolean sebagai true.
7) Restart Firefox, dan rasai kelajuan pemindahan laman web, dan membuka tetingkap dengan lebih cepat dari
tabbed windows.

Maklumat:
network.http.pipelining ni adalah satu sistem percepatan teknik eksperimental yang disebut pipelining, yang mempercepat loading halaman web. Browser biasanya menunggu beberapa akuan dari permintaan yang diberikan dari server sebelum menghantar satu sama lain(antara server). Jadi pipelining menghantar beberapa permintaan sekaligus serta tak payah menunggu jawapan/permintaan/akuan satu demi satu.

Jika menggunakan proxy, set network.http.proxy.pipelining kepada true.

network.http.pipelining.maxrequests memberi keutamaan mengawal jumlah maksimum permintaan yang boleh pipelined sekaligus dalam satu-satu masa.

Terasa dah lama tak buat entri.  kali ni buat la sikit. Jadi jika ada mana-mana yang nak mencuba kaedah ini, dipersilakan dan selamat berjaya. Berhati-hati, takut ganggu setting yang lain. Jika bermasalah, macam biasa la, unistall dan install lah semula firefox tu. Ok, Wassalam.

Dan lepas layan jangan lupa bagi Satu Kali Klik untuk 
Terima Kasih!

MyFriends

Sharing & Caring

Demokrasi adalah Ateisme yang tidak terbatas. Demokrasi adalah hal yang buruk dan bentuk Ateisme yang tertinggi.

Leave Your Words