Related Posts with Thumbnails

Blog | Blogger | Bloggist | Bloggerism:'BIKIN GOYANG'

March 4, 2014 ·


Siri 'Bikin Goyang' ini adalah episod yang menyaksikan betapa besarnya impak IT kepada pembangunan sahsiah hinggalah kepada pembangunan negara. Baru-baru ni kita menyaksikan satu episod yang mana seorang blogger telah diarahkan membayar saman kepada si penyaman oleh mahkamah. Begitu juga beberapa kes-kes yang sebelum ini.

Apa yang ingin disampaikan di sini bukanlah cerita berkenaan saman-saman tersebut. tetapi keperibadian serta etika seorang pengguna yang bebas atau konsep penggunaan ICT itu sendiri. Kita menyaksikan fasa-fasa kebangkitan yang sudah berlaku. Antara kebangkitan tersebut ialah peningkatkan pengguna-pengguna internet, perkhidmatan ICT yang semakin maju, kebanjiran gajet dan aplikasi dalam negara. Hiburan melimpah ruah dan menjana isi poket. Penggunaan yang maksimum oleh golongan remaja, dewasa, dan warga tua. Kebangkitan syarikat-syarikat perkhidmatan berasaskan IT. Industri komunikasi bernafas dalam peningkatan ini. Propaganda sosio dan antropologi berkembang baik, sekaligus menyaksikan pergerakan tamadun itu sendiri.

Publisiti sektor ekonomi dan sosial meningkatkan FDI serta kebanjiran aliran masuk pelancong. Melarat-larat sehingga dapat memberi impak kepada penyediaan pekerjaan dan dan indeks harga pengguna yang menjadi faktor nilai wang. Secara kasarnya, banyak sekali kesan positif pembangunan IT ini kepada kita semua.

Namun, tak tertinggal juga kesan-kesannya yang 'bikin goyang' satu dunia. Antaranya ialah mewujud medium tidak sihat dikalangan ahli-ahli politik, penganut-penganut agama, peminat-peminat dunia hiburan, sukan dan ekonomi.Secara tidak sedar, banyak blog atau page yang kurang sihat tumbuh bagai cendawan menggoyangkan banyak pihak. Entri yang mengeji, menghina, porno, dan mewujudkan persengketaan antara individu, puak, kaum, ras, bangsa, dan agama. Banyak blogger/ penulis gagal merencana diri sendiri dalam menggunakan medium ini dengan baik. Lihatlah kesannya kini, terlalu banyak jambatan kesefahaman telah runtuh, tiang-tiang akidah telah goyah, dan pelbagai cerita keperibadian menular dalam alam maya. Hasil dari nafsu natiqah dan qalbi yang mencorakkan penulisan yang hanya bertahta pada nafsu mereka.

mari kita menyeru para sobat, agar kita qiam dalam identiti dan tahqid yang terpuji dalam setiap tutur baris entri yang dipaparkan. Semoga di suatu masa nanti kesannya dapat mendidik generasi kita lebih memahami, lebih sensitif, lebih menghormati dan memiliki identiti sendiri tanpa menggoyangkan maruah orang lain, bangsa lain, agama lain dan kefahaman yang lain. 

Sekian.

MyFriends

Sharing & Caring

Demokrasi adalah Ateisme yang tidak terbatas. Demokrasi adalah hal yang buruk dan bentuk Ateisme yang tertinggi.

Leave Your Words