Related Posts with Thumbnails

Modenisasi Media: Kuasa & Budaya

September 8, 2014 ·
Sambungan dari 

3. Media Elektronik (Berbunyi/Bersuara)


Bersambung dari yang lepas, kini kembali dengan media berbentuk bunyi/bersuara. Media ini berkembang dengan teknologinya yang tersendiri iaitu penggunaan gelombang/frekuensi. Jelas sekali ia merujuk kepada radio, mesin peti suara, piring hitam, dunia music dan lain-lain. Aliran media ini agak perlahan kerana pada awalnya ia hanya digunakan oleh golongan-golongan tertentu seperti, pejabat kerajaan, bangsawan, ketenteraan dan lain-lain. Marhaen kurang mendapat liputannya kerana ia begitu asing dan berteknologi. Penjajahan Jepun mengurangkan lagi peranannya pada sejarah awalnya di Negara ini. 

Perkembangannya banyak merujuk kepada kesan penjajahan dan pengembangan pengaruh kekuasaan. Siapa yang menguasai kuasa sudah tentu akan menguasai minda masyarakat marhaen. Media ini mula dipelopori oleh kuasa-kuasa tertentu dan tangan-tangan ghaib yang berlindung disebalik penggunaannya. Ia telah mula menjadi bisness dan lambang kuasa suatu golongan.

Ledakan nasionalisma, keagamaan, kolonialisma, siasah, kebudayaan terbuka, hiburan, berita, dan lain-lain mulai tumbuh bagai satu budaya baharu dalam masyarakat. Tetapi, kini mungkin ramai yang sudah mulai merasa akan kesannya ke atas generasi-generasi kita.


4. Media Elektronik II (Bergambar/Video)

Televisyen atau tv merupakan gajet kedua selepas radio.  70an dan 80an adalah era perkembangan media ini tanpa had dan kekangan. Ia dianggap sebagai teknologi yang harus kepada semua warga pada waktu itu. Kerana? Itulah media yang memiliki banyak pakej dalam satu. Gabungan Media Suara, Media Cetak dan media bergambar-video menambahkan lagi peranannya sebagai penyebar propaganda, penyebar hiburan, penyebar dakyah, penyebar pengaruh, pengembang perniagaan, pengembangan budaya baru, dan penyebaran maklumat.


Pada era inilah kita mulai mengenal apa yang dikenali sebagai kuasa eropah atau barat serta kuasa timur (China/Jepun) secara praktikalnya. Media itu sendiri juga mulai dikenali sebagai kuasa dakyah yang berselindung. Masyarakat juga memerlukannya sebagai lambang kekuasaan, perkembangan teknologi, perkembangan kuasa, dan pelbagai lagi status yang kita sendiri layak mengenakannya. Ada individu memandangnya sebagai tanda perkembangan media, perkembangan teknologi, perkembangan pemikiran dan apa sahaja yang berkaitan. Bagi penulis, ia adalah era kemusnahan bangsa dan agama kita itu sendiri. Bagaimana? Sepertimana yang anda fikirkan…



Masih ingatkah pada wayang pacak? Tv hitam puteh? Siaran cerita-cerita koboi? Cerita jepun? Dan banyak lagi yang telah diperkenalkan sebagai tanda kemodenan bagi mereka-mereka yang cerdik pandai.

Bersambung.



Pesanan: Mohon membaca dalam kefahaman yang ‘cuba memahami, dan bukannya mencari khilaf’ kerana tulisan ini hanyalah dari pendapat dan pemerhatian umum. Tulisan ini juga gagal memenuhi tatabahasa yang betul dan sedikit berunsur metafora dan klise. Sebarang kekhilafan dan kesalahan mohon dimaafkan. Penulis tidak bertanggungjawab atas pertelingkahan dan kekhilafan. Segalanya mengikut bentuk kefahaman akal dan nafsu pembaca yang tersendiri.

0 comments:

MyFriends

Sharing & Caring

Demokrasi adalah Ateisme yang tidak terbatas. Demokrasi adalah hal yang buruk dan bentuk Ateisme yang tertinggi.

Leave Your Words