Related Posts with Thumbnails

Modenisasi Media: Naskah Idealogi

August 29, 2014 · 0 comments

2. Media Bertulis/Naskah
Penyebaran ilmu penulisan/membaca di nusantara dipelopori oleh Bahasa Sanskrit, Bahasa Melayu, Sunda dan Jawa. Akhirnya selepas kemasukan Islam di Nusantara, Bahasa Melayu diresapi oleh tulisan Jawi. Daripada itulah banyak naskah-naskah keagamaan Hindu, Budha dan Islam berkembang. 

Walaubagaimanapun, ia dilihat sebagai perkembangan dalam kesusasteraan atau bahasa itu sendiri. Dari sinilah, berkembangnya media tersebut sebagai pengantar yang berkesan. Positifnya, banyak ilmu agama diterjemahkan melalui tulisan jawi dan disebarkan di nusantara, para agamawan kembali ke tanah air dan mengembangkan agama. Golongan Islamiah menjadi tunjang dalam masyarakat. Islam menjadi gagah dipersada, dan menjadi titik tolak kepada anutan bangsa nusantara pada masa kini. 

Keagungan ulama dan para wali mengusai medium ini dengan dalam jangkamasa yang lama. Aura pendidikan dari Mekah melalui tarekat-tarekat muktabar serta perkembangannya di Indonesia dan Tanah Melayu jelas mengambarkan perkembangan akidah yang tinggi. Bahasa Melayu menjadi pengantara di seluruh nusantara. 

Bagaimanapun, selepas kemasukan migrant dari India dan China serta penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris telah mengubah situasi ini. Media Cetak ini mula menjadi faktor penting dalam pengukuhan ekonomi dan kuasa. Ini dapat kita lihat bagaimana pengaruh dari India masih menebal di kalangan migrant India pada masa itu terutamanya perjuangan Mahatma Ghandi dan penyebaran agama hindu. Begitu juga dengan pengaruh China dalam komuniti China. Komunisme dan perjuangan rakyat China menebal di kalangan migrant China. Media cetak memainkan peranan yang amat penting pada masa itu. 


Akhbar-akhbar mula memainkan peranan penting dalam penyebaran idealogi, agama, nasionalism dan propaganda. Namun begitu, keuntungan bukanlah keutamaan media cetak pada masa itu. Perjuangan adalah keutamaan mereka. Bahasa Melayu Jawi dan Inggeris adalah pengatara pada masa itu.

Dalam perkembangan agama Islam pula berlaku khilaf di antara Kaum Muda dan Kaum Tua. Yang mana kaum muda cuba mempengaruhi akidah masyarakat yang selama ini dididik dengan pegangan yang kemas dan utuh. Berlaku ‘perbalahan’ di antara kedua-dua kaum ini. Bab Kaum Tua dan Kaum Muda akan diterangkan di dalam post yang akan datang.
Pengaruh dari penjajahan di Tanah Arab (Penyingkiran sistem khalifah di Arab Saudi, Jordan, Mesir dll) menyebabkan wujud satu aliran yang disebut sebut sebagai Wahabi dan perkembangan Syiah di Tanah Arab juga menyebabkan media cetak semakin popular. Akhbar-akhbar cetak bertulisan Jawi tumbuh seperti kulat dengan agendanya masing-masing. Jelas sekali pada masa itu agenda bermotifkan ‘kuasa agama’ menguasai pasaran. Contoh akhbar: Mastika, Utusan Malaya, Sinar Matahari, Al-Imam, dan lain-lain.

Semangat Nasionalisma juga berkembang melalui media cetak. Ini dapat kita selusuri perkembangan politik di tanah air. Bagaimana politik mulai tumbuh dan mengusai pengaruh agama yang awal tadi. Pergolakan politik mengalahkan kuasa agama dan raja-raja melayu pada masa itu. Agenda penjajahan minda terus dilaksanakan untuk memenuhi propaganda masing-masing. Media yang berasaskan tulisan ini (media cetak) menguasai seluruh perkembangan pemikiran bangsa dan Negara pada masa itu. Bermula dari perkembangan keagamaan hinggalah ke medan politik. Inilah kuasa medium ini dalam perkembangan modenisasi media di tanah air kita dan menjadi faktor utama pemikiran dan perlakuan kita pada hari ini.

Bersambung.



Pesanan: Mohon membaca dalam kefahaman yang ‘cuba memahami, dan bukannya mencari khilaf’ kerana tulisan ini hanyalah dari pendapat dan pemerhatian umum. Tulisan ini juga gagal memenuhi tatabahasa yang betul dan sedikit berunsur metafora dan klise. Sebarang kekhilafan dan kesalahan mohon dimaafkan. Penulis tidak bertanggungjawab atas pertelingkahan dan kekhilafan. Segalanya mengikut bentuk kefahaman akal dan nafsu pembaca yang tersendiri.

Modenisasi Media: Tanda Kemusnahan @ Kebangkitan?

August 26, 2014 · 0 comments



'Modenisasi Media: Tanda Kemusnahan @ Kebangkitan?'

Pengenalan;

Bismillahirahmanirrahim. Skala kemodenan mungkin diukur dengan peningkatan KDNK, nilai mata wang, kadar pengangguran, kadar inflasi, deflasi, FDI dan lain-lain kaedah pengukuran ekonomi. Itu mengikut kemodenan dalam konteks ekonomi sesebuah Negara. Bagaimana pula dengan kemodenan itu kalau diukur dengan konteks tingkah laku, idealogi, sahsiah, akal, dan pelbagai tindakan dari sifat kemanusiaan?.

Petunjuk kemusnahan atau kebangkitan merujuk kepada pandangan masing-masing. Fokus utama adalah media. Media merangkumi kepelbagaian kewujudan berdasarkan objektifnya yang tertentu. Mengikut aliran sejarah, peringkat awal hanya media berbentuk lisan, kemudian beralih kepada media dalam bentuk percetakan. Aliran teknologi membantu inovasinya hingga lahir media dalam bentuk siaran (tv/radio). Dan kini media elektronik menguasai jari-jari dan minda-minda manusia. Media Massa dan Media Elektronik adalah istilah yang lebih tepat mengikut bahasa bukunya. 

Moh kita menyelusuri sedikit perkembangannya ke atas tingkah laku manusia terutama kepada masyarakat kita di Malaysia. Kefahaman ini hanyalah nukilan dan bukannya fakta dari mana-mana sumber ilmiah atau propaganda mana-mana idealogi.


1) Media Berbentuk Lisan
Penyampaian berita atau ceritera melalui lisan digunakan oleh tamadun awal masyarakat kita di Negara ini. Segala pergerakan dan kejadian direkodkan melalui ingatan dan lisan. Media ini mempunyai nilai positif dan negatifnya. Walaubagaimana pun, objektif utamanya adalah untuk menyampaikan berita, cerita, propaganda, penyebaran pengaruh, penyebaran kefahaman agama, dan pelbagai lagi.

Ini dapat dikenangkan melalui sejarah-sejarah awal ketamadunan kita yang mana cerita-cerita epik, dongeng, kisah raja-raja, salasilah, penyebaran agama, dan penyebaran propaganda pemerintah pada masa itu. Namun terdapat juga bantuan dari sistem penulisan yang menyokong cerita atau propaganda tersebut seperti naskah Sulalatus Salatin, dan beberapa kitab agama. Media ini menjadi platform menyatakan keinginan dan kemahuan suatu pihak, kebiasaannya dipelopori oleh golongan-golongan tertentu. Hanya dengan medium ini ia mampu melakukan inovasi dan revolusi ketamadunan yang sekarang ini kita masih dapat kesan-kesan peninggalannya. Antaranya, cerita-cerita dongeng, lagu lagu rakyat, peristiwa-peristiwa, sejarah-sejarah kerajaan nusantara dan lain-lain.
Daripada perkembangan media ini pada masa itu tidak banyak pro dan kontranya. Pihak yang berkuasa dan berpengetahuan menguasai sumber berita serta kandungan berita dan penerima berita kebanyakannya hanya menerima bulat-bulat. 

Bersambung...





Pesanan: Mohon membaca dalam kefahaman yang ‘cuba memahami serta berkongsi, dan bukannya mencari khilaf’ kerana tulisan ini hanyalah dari pendapat dan pemerhatian umum. Tulisan ini juga gagal memenuhi tatabahasa yang betul dan sedikit berunsur metafora dan klise. Sebarang kekhilafan dan kesalahan mohon dimaafkan. Penulis tidak bertanggungjawab atas pertelingkahan dan kekhilafan. Segalanya mengikut bentuk kefahaman akal dan nafsu pembaca yang tersendiri. Penulis adalah seorang insan yang daif dan naif.

MyFriends

Sharing & Caring

Demokrasi adalah Ateisme yang tidak terbatas. Demokrasi adalah hal yang buruk dan bentuk Ateisme yang tertinggi.

Leave Your Words