Related Posts with Thumbnails

Modenisasi Media: Racun Untuk Jiwa-Jiwa Marhaen

December 15, 2014 · 0 comments
Sambungan dari:

Budaya Pelik
Terlalu berat jika terus membincangkan kehebatan anasir-anasir yang mengembangkan teknologi media baharu pada peringkat awal kemodenan media. Yang pastinya, masyarakat marhaen merupakan medium utama pentas uji kaji para pemikir kemodenan. Peringkat awal media hanya bersandarkan kepada sub penyebaran dan pengembangan suatu ketamadunan. Tetapi setelah teknologi berkembang ke timuran, kita menyaksikan media mula berpaksikan kepada kekuasaan, pengaruh, manipulasi minda, pertarungan idealogi dan lain-lain.


Pertengahan zaman tersebut, kita menyaksikan olahan budaya pelik membiak di dalam baka yang selama ini diselimuti oleh budaya Malaya yang sopan, patuh, alim, mesra dan lain-lain. Budaya ini anggap sebagai budaya kuning. Budaya ini datang berasaskan muzik, gaya hidup, fesyen, idealogi, falsafah, pekerjaan, dan banyak lagi. Kesannya, pengaruh budaya yang berteraskan adat dan agama mulai luntur dari jiwa-jiwa watan. Kebebasan kemasukan multi-budaya ini menandakan media telah dikuasai oleh tangan-tangan ghaib yang sukar disekat oleh mana-mana pemerintah mahu pun cendiakawan. Ini disebabkan unsur negatif banyak bersembunyi disebalik faedah atau kebaikan watak media moden tersebut. Kita memerlukan media untuk majukan Negara, untuk menyampaikan maklumat, untuk keharmonian, kemakmuran, kemajuan dan seterusnya alasan-alasan yang sukar ditolak oleh mana-mana Negara sedang membangun atau Negara bekas jajahan barat.


Multi budaya yang meresapi jiwa-jiwa marhaen ini telah sama sekali menghakis budaya adab (yang berteraskan kepada Agama) dan adat (yang berteraskan kepada pancasila bangsa) melalui media massa untuk menyampaikan risalah, gaya hidup, saluran radio, dadah, ganja, seks, kaset video, saluran tv, filem, parti, disko, pornologi, konsert dan segala media yang ada. Keagungan idealogi islamik yang dibawa oleh ulama-ulama nusantara tersisih dari hati sanubari insan. Maka, tiada lagi gahnya madrasah-madrasah tahfiz dan tarekat. Surau-surau dan masjid-masjid mulai dikuasai oleh golongan tua. Tiada lagi kuliah-kuliah feqah, usuluddin mahupun tasauf, majlis zikiran, tahlil, tahmid dan lain-lain amalan muktabar. Tiada lagi konsep wukuf, muraqabah, tahajud, tawajuh, zuhud dan lain-lain. Yang ada hanya perjuangan berteraskan kebebasan mutlak mulai diperjuangkan.



Kitab-kitab jawi yang menyampaikan ilmu-ilmu para solehin kian pupus.
Sejarah global telah ditutup oleh tangan-tangan ghaib supaya jiwa-jiwa segar ini tidak berpegang kepada yang haq seperti sejarah keruntuhan Kerajaan Ottomaniah yang menyaksikan Khalifah Islam yang ke-98, Sultan Abdul Hamid II dihalau dibumi turki, Kerajaan Islam di India (Mogul) yang diruntuhkan, kerajaan Raja Faisal di timur tengah musnah, Tanah Khurasan musnah, Afganistan musnah, Khasmir musnah, dan banyak lagi sejarah yang dikaburi dengan kemodenan media pada waktu itu. 

Pencinta multi budaya ini mulai membiakkan baka-baka ahli cendiakawan baharu, ahli falsafah baharu dan moden. Tidak perlu mengkaji kehebatan illuminati, freemason, komunisme, atheisme dan beberapa golongan lain yang gah mencorak dunia. Akan tetapi cubalah perhatikan serta mengkaji sedalam-dalamnya kehebatan kita dalam menerima penyerapan gaya hidup seperti, musik, fesyen, falsafah, idealogi dan gaya hidup hasil dari multi budaya tersebut yang dari dulu hingga kini melalui media terus membunuh jiwa-jiwa datuk nenek kita, ibu bapa kita, saudara mara kita, kita dan seterusnya generasi darah daging kita.


Bersambung...




Pesanan: Mohon membaca dalam kefahaman yang ‘cuba memahami, dan bukannya mencari khilaf’ kerana tulisan ini hanyalah dari pendapat dan pemerhatian umum. Tulisan ini juga gagal memenuhi tatabahasa yang betul dan sedikit berunsur metafora dan klise. Sebarang kekhilafan dan kesalahan mohon dimaafkan. Penulis tidak bertanggungjawab atas pertelingkahan dan kekhilafan. Segalanya mengikut bentuk kefahaman akal dan nafsu pembaca dan penulis yang tersendiri.

MyFriends

Sharing & Caring

Demokrasi adalah Ateisme yang tidak terbatas. Demokrasi adalah hal yang buruk dan bentuk Ateisme yang tertinggi.

Leave Your Words