Related Posts with Thumbnails

Tujuh Cerita Balada Pengundi Jalanan

March 6, 2010 ·

Salam, banyak dah posting berkaitan dengan politik dibuat oleh kawan-kawan blogger yang lain. Terasa juga nak buat menda yang sama tetapi dalam versi yang lain. Kali ini nak kongsi sikit perkara yang berkaitan dengan politik. 

Permulaannya ialah musim mengundi. Para-para bakal wakil rakyat acap kali turun padang, habis ceruk kampung di turun. kempen Undilah Saya. rakyat pun ambil kesempatan minta ini itu, sebab masa ini sahaja mereka boleh minta dan dapat. Pendapat mereka. Minta jalan dapat jalan, minta dewan dapat dewan, minta kerbau lembu, dapat. Selepas pilihanraya, kubu-kubu, balairaya, pusat-pusat mengempen pana, kosong. Yang tinggal hanya Wakil Rakyat di Pusat Wakil Rakyat nun di bandar yang susah sangat nak jumpa YB kerana dia sibuk. Cuba kirakan, barapa kali si YB ni turun ke ceruk-ceruk kampung selepas itu. Of coz dia sibuk, metting sana-sini, hal itu ini. Minta itu ini, harapan tu tak berapa adalah, budget takde, dan lain-lain. namun kalau turun padang pun dah kira sejuk juga hati pengundi.

Cerita kedua, Wakil Rakyat=mewakili rakyat di kawasannya. Masuk dewan. Adakah dia bawa maksud atau amanah dari rakyatnya. Berapa banyak pendapat atau keputusan rakyat yang diketengahkan?. Masih sibuk berpolitik, musim mengundi sudah habis, tapi masih tak habis-habis cerita politik dalam surat khabar, kedai kopi dan lain-lain,  tak percaya? beli paper selak satu persatu. kes saman sana, saman sini, masalah dalaman politik itu ini. bila masa mahu tunaikan janji-janji dan berkhidmat untuk rakyat? Dah takde cerita sosial rakyat dah di negara ini kot.

Cerita ketiga, orang kampung pun sibuk juga berpolitik tak tentu hala. duduk sekampung bermasam muka, sembahyang lain-lain madrasah, ada yang berparang, bertekak. ntah hapa-hapa. Orang ini tak betul, orang ini salah. Mujurlah hanya segelintir. Macam-macam saluran digunakan. tv, radio, risalah, ceramah, paper, yang pastinya dah ramai yang bosan dan mencemuh. Mana cerita rakyat. kadang-kadang ada kadang-kadang takde. Bila sibuk cerita orang susah dipaparkan, aduan rakyat dipaparkan, barulah keluar orang-orang berkenaan hulur bantuan. Tengok laman-laman web yang berunsur politik, macam-macam cerita ada, sana buruk, sini kotor, edit gambar pun ada, reka cerita itu ini, apa tujuan? mau sakitkan hati orang? semuanya pelik. kadang-kadang tu macam dah tiada agama dan undang-undang dibuatnya. atas hati dan perasaan aje. Atas pagar, relex aje.

Cerita keempat, pucuk pimpinan nak basmi kemiskinan, nak naik taraf hidup, anti rasuah, itu ini kempen, tapi fikirlah sendiri ckap pun tarak guna. jalan rosak lubang sana sini, orang besar-besar bawa kereta besar-besar, mana rasa ada lubang atas jalan. nun orang tua bawak motor kereta melantun-lantun atas jalan. Orang kampung minta tanah, 10 tahun mohon pun tarak berita lagi, kabel takde, duit takde. hantam tanah haram, kena pulak tindakan. kadang-kadang tu orang itulah juga yang mengantung banner dan posternya. namun kalau dihulur wang, baja dan apa-apa bantuan, terima aja. kalau tak dapat macam-macamlah pula.

Cerita kelima, YB pening kepala duduk atas kerusi empuk, orang kampung itu minta itu, orang kampung ini minta ini, peruntukkan tak cukup. Ingat dia tu cop duit ke. tahu nak minta aje. Kos itu ini, kadang-kadang pening kepala sampai tak pergi dewan bersidang  pun ada, terlupa yang dia tu wakil rakyat.

Cerita keenam, Kerajaan persekutuan telah menyediakan peruntukkan untuk Kerajaan negeri dan kerajaan tempatan mengikut garis-garis panduan tertentu. Terdapat projek-projek yang direct ke Kerajaan Persekutuan yang negeri tidak boleh buat. Semua perancangan ekonomi dilakukan mengikut keperluan dan peruntukkan yang dibuat, rakyat perlu bersabar. sabar dan sabar. untuk maju ketahap ini bukanlah semata-mata peruntukkan tetapi sikap dan pengurusan yang cekap. Deflasi, Inflasi, indeks harga pengguna, Pengganguran, indeks itu ini dan lain-lain semuanya diambil kira untuk sesuatu keputusan dalam memerintah, yang mungkin segelintir orang tidak memahaminya. Namun itu bukan alasan, kata orang-orang kampung/pengundi tegar.

Cerita ketujuh, ada yang hampa, kecewa, gembira bila berbincang berkenaan politik. Ada yang fanatik, ada yang low profile, ada yang atas pagar. Disebabkan cuaca politik yang kejap mendung, kejap terang. rasanya, ramai yang dah bosan, menyampah dan macam-macam lagi dengan perangai politik ni. Apa yang penting mungkin sikap dan tanggungjawab. Tahu yang mana baik & yang mana buruk. Kesederhanaan itu lagi best. Salam Mesra dari Che Wie, Wassalam.


Bongkar (versi Live Band)
  
Bongkar (Versi Konsert)
Boleh layan banyak lagi lagu-lagu tema lain seperti Asik Ngak Asik,
Balada Pengangguran dan lain-lain.
Yang Baik Jadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan.

Dan lepas layan jangan lupa bagi Satu Kali Klik untuk 
Terima Kasih!

7 comments:

Pacifist said...
March 7, 2010 at 2:15 AM  

betul kata chewie.kesederhanaan itu penting,ttp yg lebih penting,perlu memilih pemimpin yg boleh bawa kita dunia akhirat.politik islam dan bkn islam berbeza.politik bkn islam hanya utk mendapat kuasa dan laba dari kekuasaan itu.politik islam pula di samping mendpt kuasa,dikeleknya bersama amanah Allah utk dibentangkan di muka bumi.kita mungkin kecewa,muak dsbnya,tp itu hakikat yg terpaksa kita harungi.kuasa politik boleh merubah segalanya(dgn izin Allah).mengikut 'selera @ iman' empunya pemegang kuasa.

ALRIS said...
March 7, 2010 at 11:51 AM  

Salam kenal chewie. Anda penggemar Iwan Fals juga ya, saya juga. Salam dari Jakarta.

I Am Me said...
March 7, 2010 at 2:03 PM  

amanah dan keikhlasan penting untuk menjadi pemimpin supaya tidak terpesong tujuannya

Zikr the Jalanan Sepi Perantau said...
March 7, 2010 at 10:58 PM  

syukran... bukan susah nak jadi pemimpin...

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...
March 10, 2010 at 10:26 AM  

bukan senang nak jadi wakil rakyat. tgk politik macam best je kan? tapi dalaman nye penuh taktik kotor.

Jejaka Desa said...
March 12, 2010 at 9:51 PM  

Tu lah paseynye.Kulu tak amanoh kilir tak jujur.Ke laut tak ikhlas Ke darat hancur lebur.Bok kate Hamid Gurkha jadilah pemimpin Yang Berkhidmat bukan Yang Berhormat....

adilahazni said...
March 29, 2010 at 8:25 AM  

kaeh setuju mender yang aok tulih tu... mmg sama dengan apa yang ada dalam fikiran kaeh.. kadang demer tul lupa yang mengundi itulah yang menyokong demer... menaikkan demer... tapi wat derk je.. kg pun tak jejak... tiba kalau tak dipilih terus je memulau ke kiter ni.. sabar jer lah

MyFriends

Sharing & Caring

Demokrasi adalah Ateisme yang tidak terbatas. Demokrasi adalah hal yang buruk dan bentuk Ateisme yang tertinggi.

Leave Your Words