Related Posts with Thumbnails

Hari Wanita atau Hari Perempuan?

March 9, 2011 · 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim. Ini hanya sekadar berkongsi untuk semua. Belek-belek bahan bacaan terjumpa plak artikel yang ini. jadi trus lah dikongsikan di sini. Tajuk di atas tu saje je, wat gimik.

Renungan Untuk Bersama:  
                                                                   
Syahdan, dari Sayidina Ali r.a, suatu ketika tatkala melihat Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa akan Baginda Rasulullah saw menangis. Baginda menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya. 

Puteri Rasulullah saw, Fatimah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. lalu Baginda menjawab "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.  Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat  ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.  Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di  bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.  Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.  Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,  beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?                                                                                                


Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang  tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.  Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya. Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan  yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas. Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia  berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang  yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya. Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya  seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan  yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar akan berita itu, jesteru Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis



1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
Keterangan :
Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur di zaman jahiliyah.


3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.


4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.


5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu(perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek(make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.


8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian(muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.


11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.


Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.


12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.


Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59.
Bermaksud : Hai nabi-nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.


Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. Hadis Bukhari & Muslim

Semoga kita sama-sama menegur sesama Umat.

Air

January 31, 2011 · 3 comments
Assalamualikum. Menyahut & menyokong Dakwah@Anak Pahang Blogger, Post ini menjelaskan pembahagian Jenis-Jenis Air mengikut hukum secara ringkas. Post ini menerangkan secara ringkas sahaja, jika ingin lebih, bolehlah rujuk kepada yang ahli dan bertanggungjawab. 

Jika hendak dihuraikan berkenaan dengan air sahaja memang panjang lebar kupasannya mengikut furu atau cabang-cabang ilmunya dalam Islam ni. Jadi kita ambil sedikit daripadanya sekadar pengetahuan bagi kita.

Air boleh dibahagikan kepada tiga iaitu

1. Air yang suci dan boleh menyucikan benda lain.
Bahagian ini membincangkan dua jenis air iaitu Air Mutlak dan Air Musyammas. (a) Air Mutlak merupakan air yang suci lagi menyucikan ialah air mutlak yang kekal dengan sifat asal kejadiannya yang telah dijadikan oleh Allah s.w.t. dan ia dikatakan air mutlak walaupun ia sudah berubah disebabkan lama terbiar , disebabkan tanah, lumut dan tempat bertakung atau tempat mengalirnya mengandungi belerang  atau yang bersifat semulajadi pembolehubahnya. Ini kerana air itu sukar untuk dielakkan daripada perkara tersebut.

Ia juga merupakan air yang disambut dengan tidak berqaid dengan sesuatu, iaitu tujuh jenis air.

1.Air hujan
2.Air laut
3.Air sungai
4.Air Telaga
5.Air mata air
7.Air salji

Cukup sukatan atau timbangan air itu dua kolah maka ia tidak menjadi najis oleh sesuatu melainkan apabila berubah warnanya atau rasanya atau baunya. Kurang dari dua kolah menjadi najis apabila jatuh najis ke dalamnya jikalau tidak berubah warna,bau atau rasanya sekalipun.

Qaid pada air itu dua bahagian
(1) Qaid lazim,iaitu qaid yang tidak bercerai.Apabila disebutkan air nescaya disebut akan dia; seperti air tawar, air tebu,air kopi.
(2) Qaid Terurai, iaitu qaid yang bercerai,yang tidak lazim bagi air, seperti air hujan,air sungai,air perigi,maka ini semua adalah mutlak.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Daripada Abu Hurairah r.a.h. katanya , seorang Badwi berdiri lalu terkencing di dalam masjid, kemudian para sahabat pergi mencegahnya . Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, biarkan dia dan curahkanlah di atas air kencingnya setimba air . Sesungguhnya kamu disuruh untuk mempermudahkan bukan menyusahkan" .

Rasulullah s.a.w. meminta supaya menjiruskan air ke tempat air kencing tersebut adalah dalil yang menunjukkan bahawa air tersebut mempunyai sifat menyucikan.


(b) Air Musyammas merupakan air yang suci lagi menyucikan bagaimanapun, makruh menggunakannya. Selain itu ia merupakan air yang suci lagi menyucikan yang lain tetapi makruh digunakan pada tubuh badan tidak pada pakaian. Air Musyammas juga bermaksud air yang panas yang terdedah kepada cahaya matahari iaitu pada negeri-negeri yang beriklim panas yang mana ia boleh mendatangkan karat pada logam (seperti besi, tin dan lain-lain) yang mana ia memberi mudharat apabila terkena kulit atau anggota/tubuh badan menyebabkan ianya mudarat seperti terkena penyakit sopak, kusta dan sebagainya. Sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud :

"Dari Aisyah sesungguhnya ia telah memanaskan air pada cahaya matahari maka telah bersabda Rasullah s.a.w kepadanya janganlah engkau berbuat demikian wahai Aisyah sesungguhnya air yang dijemur itu dapat menimbulkan penyakit sopak." (Riwayat Baihaqi)

2. Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan benda lain. 
Air ini terbahagi kepada dua iaitu (a) Air Musta'amal yakni air yang suci pada dirinya tetapi tidak menyucikan yang lain. Maksudnya dengan perkataan air itu boleh diminum tetapi tidak sah dipakai untuk menyucikan sesuatu. Contohnya; dikatakan air Musta'amal pada mengangkatkan hadas ialah basuh kali yang pertama pada mandi atau wudhu' yang wajib dan sudah bercerai daripada anggota. Yang dikatakan air Musta'amal pada menghilangkan najis iaitu jika air itu tidak berubah dan tidak bertambah. Air daripada pohon/pokok-pokok dan air buah-buahan seperti daripada pucuk kelapa yang dibuat nira atau akar-akar kayu.

Perubahan air itu pada dua kaedah:
(1)Berubah dengan Taqdiri - iaitu air yang berubah hanya pada Taqdir sahaja yang tidak dapat dilihat akan perubahannya.(2)Berubah dengan Hissi - iaitu berubah air itu dengan sesuatu yang dapat dilihat akan perubahannya.
Kaedah mentaqdirkan hukum air yang bercampur dengan sesuatu yang sama rupanya dengan seperti air mawar yang telah hilang bau, rasa dan warnanya. Pada bau hendaklah ditaqdirkan dengan bau kemenyan Arab. Pada rasa hendaklah ditaqdirkan dengan rasa delima. Pada warna hendaklah ditaqdirkan dengan warna anggur.
Jika berubah dengan taqdir ini maka hukumnya air musta'amal dan jika tidak berubah dengan taqdir ini maka hukumnya air mutlak.

Air yang bercampur itu ada dua kaedah:
(1) Majawir : iaitu air yang berubah dengan sebab termasuk di dalamnya dengan sesuatu yang dapat dipisahkan daripada air, contohnya sebuah baldi yang penuh dengan air termasuk di dalamnya sebatang kayu cendana dan kayu itu boleh dipisahkan daripada air tersebut, maka hukum air itu ialah air mutlak. (2) Mukhalit iaitu benda yang masuk ke dalam air itu tidak dapat dipisahkan daripada air, contohnya sebuah baldi yang penuh dengan air maka termasuk ke dalamnya nila maka dihukumnya air Musta'amal.

(b) Air Muqayyad:
Merupakan air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya (warna, rasa dan bau) menyebabkan ia tidak dipanggil air mutlak lagi seperti air yang dicampur dengan madu, sirap, oren dan lain-lain.

3. Air yang najis atau mutanajjis - air yang terkena benda najis. 
Air ini terbahagi kepada dua, iaitu (a) Air yang sukatannya kurang dari dua kolah dan terkena benda najis kecuali yang dimaafkan, sama ada berubah sifat (warna, rasa dan bau) atau tidak. (b) Air yang sukatannya lebih dari dua kolah dan berubah sifat (warna, rasa dan bau) sama ada perubahan itu sedikit atau banyak.

Yang dikatakan dua kolah itu ialah; Disukat dengan ukuran tempat empat persegi(ukuran tinggi 1 ¼ hasta dan ukuran lebar tiap-tiap segi itu 1 ¼ hasta juga), maka air dua kolah itu memerlukan tempat yang berukuran 60 x 60 cm, Jika bekas itu bulat maka ukuran tinggi 2 ½ hasta dan ukuran lebar bulatannya satu hasta. atau Disukat dengan tin (lebih kurang saiz tin minyak tanah), maka air dua kolah itu adalah sebanyak 9 2/3 tin atau Disukat dengan timbangan, maka berat air dua kolah itu adalah seberat 162.72 kg.

Sekian aje dari saya. Jika ada yang tersalah sila perbetulkan dan anggaplah penulisan yang asal itu salah serta pembetulan itu adalah betul.

Kembali ke Muka Depan

MyFriends

Sharing & Caring

Demokrasi adalah Ateisme yang tidak terbatas. Demokrasi adalah hal yang buruk dan bentuk Ateisme yang tertinggi.

Leave Your Words