Related Posts with Thumbnails

3 Mac 1922 : Permata yang hilang

March 1, 2016 · 1 comments


Kegemilangan dan kecemerlangan boleh dianggap sebagai suatu yang amat berharga. Apatah lagi ia merupakan satu titipan warisan keagungan agama. Sultan Abdul Hamid II, Khalifah Islam terakhir dalam salasilah keagungan Kerajaan Islam dihalau keluar dari istananya dengan penuh kehinaan. Bukan hina ke atas beliau, tetapi umat itu khasnya. Di sinilah bermulannya titik-titik hitam mulai menyerap kedalam hati sanubari umat Islam. 

Sistem pemerintahan Khalifah adalah sebutir permata yang digilap oleh junjungan besar Rasulullah SAW. Warisan ini berterusan hingga mencipta sejarah, 2/3 peta dunia dikuasai Islam. Sejarah agung ini berakhir dengan penuh kepiluan dan kehinaan. Kegemilangan itu hilang terus fana dan lenyap dari fikiran anak-anak dan hampir 2/3 daripada umat Islam. Kini hanya keseronokan dan hiburan memenuhi segenap ruang legar hati dan fikiran kita.

Catatan-catatan terakhir baginda Ulul Hakan; 

Emmanuel Carasso vs Uthmaniah

January 4, 2015 · 0 comments
Salam, Menyelinap seketika untuk mengingatkan semula sebuah kisah yang mungkin tidak ramai yang tahu ataupun dikaburi ataupun diselindungkan agar ia tidak diwar-warkan sebagaimana cerita-cerita tokoh-tokoh siasah, tokoh muzik hollywood, bollywood atau pun artis-artis masa kini. Berkemungkinan kejadian ini merupakan satu kifarah daripada kesalahan/perbuatan mereka-mereka pada zaman itu sehingga tamadun itu musnah sama sekali namun, kesannya amat besar kepada kita semua terutamanya umat Islam khasnya.  

Sudah menjadi lumrah keruntuhan suatu tamadun itu berpunca daripada sikap atau perbuatan warga tamadun yang tersebut. Kerakusan terhadap harta, kuasa, dan pelbagai lagi faktor menyebabkan suatu tamadun itu runtuh, seperti mana tamadun babylon, parsi, mesopotamia dan banyak lagi. Kerajaan Uthmaniah, menjadi sejarah keagungan tamadun Islam dari timur ke barat. Namun, janji Allah itu benar, mana-mana yang ingkar sudah pasti akan menerima balasannya. Ottomaniah gugur sebagai sebuah negara bangsa yang hampir hilang dari minda dan ingatan umat Islam kini. Tidak ramai warga kita yang tahu masakini kerana media kita sudah terlalu moden.

Siapakah Khalifah Islam yang terakhir? Soalan ini tiada di dalam mana-mana silibus pendidikan sekarang. Sultan Abd. Hamid II, Khalifah Islam yang ke-98 merupakan yang terakhir di dalam salasilah siasah daripada As-Saidina Abu Bakar as-siddiq. Persoalannya dimanakah sejarahnya kini? dan apakah kita mengambil ikhtibar? mengambil tahu? dan apakah kesannya terhadap kita? atau terus leka dengan media yang mendominasi gaya hidup kita.

Sultan Abdul Hamid II
Abd Al-Hamid II Khan Ghazi, Abdu’l-Ḥamid-i sani, Ulul Hakan (Khan Besar) atau Sultan Merah (Kizil Sultan),  (21/22 September 1842  – 10 Februari 1918)anak kepada Sultan Abdul-Medjid dan Tirimujgan adalah sultan ke-34 bagi Empayar Uthmaniyyah selepas saudaranya Murad V digulingkan oleh Reformasi Liberal yang diketuai oleh Midhat Pasha. Pemerintah mutlak Empayar Uthmaniah bermula pada 31 Ogos, 1876 sehingga 27 April, 1909. 


Dengan kronologi kejatuhan yang sungguh memilukan, tekanan Liberalisasi pimpinan Midhat Pasha menyebabkan saudaranya digulingkan. Dan baginda mengambil takhta. Di bawah pemerintahan beliau, tekanan terus diberikan oleh golongan hipokrit liberilisasi. Sehinggalah peristiwa Theodor Herzl dibawah naungan British dan Yahudi berusaha untuk mendapatkan tanah Palestin untuk penempatan Yahudi dilaksanakan. Usaha penerokaan haram tersebut ditentang sekeras-kerasnya oleh baginda. Berlangsunglah satu usaha meruntuhkan Uthmaniah secara besar-besaran dengan menerapkan unsur liberal serta memusnahkan pegangan, kesetiaan dan kepatuhan warga Uthmaniah dengan sogokan kuasa, harta dan pelbagai lagi ganjaran. 


Emmanuel Carasso atau Emanuel Karasu (Salonica, 1862 - Trieste 1934) adalah seorang peguam dan ahli terkemuka keluarga Yahudi Sephardic Carasso di Salonica Uthmaniyyah (kini Thessaloniki, Greece). Dia adalah seorang ahli organisasi terkemuka 'Turki Young'. Nama ini juga dieja Karaso, Karassu, dan Karasso. Bentuk Karasu adalah Turkification namanya, bermaksud literal 'air hitam'. Karasu adalah ahli (sesetengah sumber mengatakan pengasas) dan Presiden daripada lodge Macedonia Risorta Masonic di Thessaloniki dan mempelopori gerakan berkenaan dengan pertubuhan rahsia dalam Empayar Uthmaniyyah. Lodge Masonic dan kongsi gelap lain di Salonica dan Turki, termasuk Talat Pasha Karasu adalah salah satu daripada ahli-ahli bukan Islam pertama Kebebasan Persatuan Uthmaniyyah, yang kemudiannya menjadi sebahagian daripada Jawatankuasa Kesatuan dan Kemajuan (CUP); apabila CUP mula berkuasa, beliau menjadi Timbalan Salonica di Parlimen Uthmaniyyah. Beliau telah ditawarkan pelbagai jawatan dalam kerajaan Uthmaniyyah, tetapi menyerahkan mereka ke bawah. Karasu adalah salah satu daripada tiga lelaki yang memberitahu Sultan Abdülhamit II pemendapan pada bulan April 1909. Beliau bekerja untuk kerjasama pelbagai pertubuhan Yahudi di Turki, dan menegaskan bahawa Yahudi adalah bangsa Turki Turki pertama dan kedua orang Yahudi. Beliau merupakan seorang ahli jawatankuasa yang dirundingkan perjanjian yang berakhir Perang Italo-Turki dan jawatankuasa itu untuk menaik taraf bandar Salonika. Akhirnya ia kehilangan kuasa bawah Kamal dan hidup dalam buangan di Itali. beliau meninggal dunia pada tahun 1934, dan dikebumikan di tanah perkuburan Yahudi di Arnavutkoy, Istanbul. Beliau adalah bapa saudara kepada Ishak Carasso, pengasas Groupe Danone. 




Revolusi adalah cara terbaik menjatuhkan Empayar Kesultanan Islam mengikut sistem Khalifah. Musuh membangkitkan semangat liberal dikalangan warga sehinggalah wujudnya sistem baharu - Republikan di Uthmaniah. Pada 3 Mac 1922, tarikh paling pilu buat umat Muhammad. Secara terang, dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara. Dan Kamal telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. 

Bersambung...





Modenisasi Media: Racun Untuk Jiwa-Jiwa Marhaen

December 15, 2014 · 0 comments
Sambungan dari:

Budaya Pelik
Terlalu berat jika terus membincangkan kehebatan anasir-anasir yang mengembangkan teknologi media baharu pada peringkat awal kemodenan media. Yang pastinya, masyarakat marhaen merupakan medium utama pentas uji kaji para pemikir kemodenan. Peringkat awal media hanya bersandarkan kepada sub penyebaran dan pengembangan suatu ketamadunan. Tetapi setelah teknologi berkembang ke timuran, kita menyaksikan media mula berpaksikan kepada kekuasaan, pengaruh, manipulasi minda, pertarungan idealogi dan lain-lain.


Pertengahan zaman tersebut, kita menyaksikan olahan budaya pelik membiak di dalam baka yang selama ini diselimuti oleh budaya Malaya yang sopan, patuh, alim, mesra dan lain-lain. Budaya ini anggap sebagai budaya kuning. Budaya ini datang berasaskan muzik, gaya hidup, fesyen, idealogi, falsafah, pekerjaan, dan banyak lagi. Kesannya, pengaruh budaya yang berteraskan adat dan agama mulai luntur dari jiwa-jiwa watan. Kebebasan kemasukan multi-budaya ini menandakan media telah dikuasai oleh tangan-tangan ghaib yang sukar disekat oleh mana-mana pemerintah mahu pun cendiakawan. Ini disebabkan unsur negatif banyak bersembunyi disebalik faedah atau kebaikan watak media moden tersebut. Kita memerlukan media untuk majukan Negara, untuk menyampaikan maklumat, untuk keharmonian, kemakmuran, kemajuan dan seterusnya alasan-alasan yang sukar ditolak oleh mana-mana Negara sedang membangun atau Negara bekas jajahan barat.


Multi budaya yang meresapi jiwa-jiwa marhaen ini telah sama sekali menghakis budaya adab (yang berteraskan kepada Agama) dan adat (yang berteraskan kepada pancasila bangsa) melalui media massa untuk menyampaikan risalah, gaya hidup, saluran radio, dadah, ganja, seks, kaset video, saluran tv, filem, parti, disko, pornologi, konsert dan segala media yang ada. Keagungan idealogi islamik yang dibawa oleh ulama-ulama nusantara tersisih dari hati sanubari insan. Maka, tiada lagi gahnya madrasah-madrasah tahfiz dan tarekat. Surau-surau dan masjid-masjid mulai dikuasai oleh golongan tua. Tiada lagi kuliah-kuliah feqah, usuluddin mahupun tasauf, majlis zikiran, tahlil, tahmid dan lain-lain amalan muktabar. Tiada lagi konsep wukuf, muraqabah, tahajud, tawajuh, zuhud dan lain-lain. Yang ada hanya perjuangan berteraskan kebebasan mutlak mulai diperjuangkan.



Kitab-kitab jawi yang menyampaikan ilmu-ilmu para solehin kian pupus.
Sejarah global telah ditutup oleh tangan-tangan ghaib supaya jiwa-jiwa segar ini tidak berpegang kepada yang haq seperti sejarah keruntuhan Kerajaan Ottomaniah yang menyaksikan Khalifah Islam yang ke-98, Sultan Abdul Hamid II dihalau dibumi turki, Kerajaan Islam di India (Mogul) yang diruntuhkan, kerajaan Raja Faisal di timur tengah musnah, Tanah Khurasan musnah, Afganistan musnah, Khasmir musnah, dan banyak lagi sejarah yang dikaburi dengan kemodenan media pada waktu itu. 

Pencinta multi budaya ini mulai membiakkan baka-baka ahli cendiakawan baharu, ahli falsafah baharu dan moden. Tidak perlu mengkaji kehebatan illuminati, freemason, komunisme, atheisme dan beberapa golongan lain yang gah mencorak dunia. Akan tetapi cubalah perhatikan serta mengkaji sedalam-dalamnya kehebatan kita dalam menerima penyerapan gaya hidup seperti, musik, fesyen, falsafah, idealogi dan gaya hidup hasil dari multi budaya tersebut yang dari dulu hingga kini melalui media terus membunuh jiwa-jiwa datuk nenek kita, ibu bapa kita, saudara mara kita, kita dan seterusnya generasi darah daging kita.


Bersambung...




Pesanan: Mohon membaca dalam kefahaman yang ‘cuba memahami, dan bukannya mencari khilaf’ kerana tulisan ini hanyalah dari pendapat dan pemerhatian umum. Tulisan ini juga gagal memenuhi tatabahasa yang betul dan sedikit berunsur metafora dan klise. Sebarang kekhilafan dan kesalahan mohon dimaafkan. Penulis tidak bertanggungjawab atas pertelingkahan dan kekhilafan. Segalanya mengikut bentuk kefahaman akal dan nafsu pembaca dan penulis yang tersendiri.

Modenisasi Media: Kuasa & Budaya

September 8, 2014 · 0 comments
Sambungan dari 

3. Media Elektronik (Berbunyi/Bersuara)


Bersambung dari yang lepas, kini kembali dengan media berbentuk bunyi/bersuara. Media ini berkembang dengan teknologinya yang tersendiri iaitu penggunaan gelombang/frekuensi. Jelas sekali ia merujuk kepada radio, mesin peti suara, piring hitam, dunia music dan lain-lain. Aliran media ini agak perlahan kerana pada awalnya ia hanya digunakan oleh golongan-golongan tertentu seperti, pejabat kerajaan, bangsawan, ketenteraan dan lain-lain. Marhaen kurang mendapat liputannya kerana ia begitu asing dan berteknologi. Penjajahan Jepun mengurangkan lagi peranannya pada sejarah awalnya di Negara ini. 

Perkembangannya banyak merujuk kepada kesan penjajahan dan pengembangan pengaruh kekuasaan. Siapa yang menguasai kuasa sudah tentu akan menguasai minda masyarakat marhaen. Media ini mula dipelopori oleh kuasa-kuasa tertentu dan tangan-tangan ghaib yang berlindung disebalik penggunaannya. Ia telah mula menjadi bisness dan lambang kuasa suatu golongan.

Ledakan nasionalisma, keagamaan, kolonialisma, siasah, kebudayaan terbuka, hiburan, berita, dan lain-lain mulai tumbuh bagai satu budaya baharu dalam masyarakat. Tetapi, kini mungkin ramai yang sudah mulai merasa akan kesannya ke atas generasi-generasi kita.


4. Media Elektronik II (Bergambar/Video)

Televisyen atau tv merupakan gajet kedua selepas radio.  70an dan 80an adalah era perkembangan media ini tanpa had dan kekangan. Ia dianggap sebagai teknologi yang harus kepada semua warga pada waktu itu. Kerana? Itulah media yang memiliki banyak pakej dalam satu. Gabungan Media Suara, Media Cetak dan media bergambar-video menambahkan lagi peranannya sebagai penyebar propaganda, penyebar hiburan, penyebar dakyah, penyebar pengaruh, pengembang perniagaan, pengembangan budaya baru, dan penyebaran maklumat.


Pada era inilah kita mulai mengenal apa yang dikenali sebagai kuasa eropah atau barat serta kuasa timur (China/Jepun) secara praktikalnya. Media itu sendiri juga mulai dikenali sebagai kuasa dakyah yang berselindung. Masyarakat juga memerlukannya sebagai lambang kekuasaan, perkembangan teknologi, perkembangan kuasa, dan pelbagai lagi status yang kita sendiri layak mengenakannya. Ada individu memandangnya sebagai tanda perkembangan media, perkembangan teknologi, perkembangan pemikiran dan apa sahaja yang berkaitan. Bagi penulis, ia adalah era kemusnahan bangsa dan agama kita itu sendiri. Bagaimana? Sepertimana yang anda fikirkan…



Masih ingatkah pada wayang pacak? Tv hitam puteh? Siaran cerita-cerita koboi? Cerita jepun? Dan banyak lagi yang telah diperkenalkan sebagai tanda kemodenan bagi mereka-mereka yang cerdik pandai.

Bersambung.



Pesanan: Mohon membaca dalam kefahaman yang ‘cuba memahami, dan bukannya mencari khilaf’ kerana tulisan ini hanyalah dari pendapat dan pemerhatian umum. Tulisan ini juga gagal memenuhi tatabahasa yang betul dan sedikit berunsur metafora dan klise. Sebarang kekhilafan dan kesalahan mohon dimaafkan. Penulis tidak bertanggungjawab atas pertelingkahan dan kekhilafan. Segalanya mengikut bentuk kefahaman akal dan nafsu pembaca yang tersendiri.

Modenisasi Media: Naskah Idealogi

August 29, 2014 · 0 comments

2. Media Bertulis/Naskah
Penyebaran ilmu penulisan/membaca di nusantara dipelopori oleh Bahasa Sanskrit, Bahasa Melayu, Sunda dan Jawa. Akhirnya selepas kemasukan Islam di Nusantara, Bahasa Melayu diresapi oleh tulisan Jawi. Daripada itulah banyak naskah-naskah keagamaan Hindu, Budha dan Islam berkembang. 

Walaubagaimanapun, ia dilihat sebagai perkembangan dalam kesusasteraan atau bahasa itu sendiri. Dari sinilah, berkembangnya media tersebut sebagai pengantar yang berkesan. Positifnya, banyak ilmu agama diterjemahkan melalui tulisan jawi dan disebarkan di nusantara, para agamawan kembali ke tanah air dan mengembangkan agama. Golongan Islamiah menjadi tunjang dalam masyarakat. Islam menjadi gagah dipersada, dan menjadi titik tolak kepada anutan bangsa nusantara pada masa kini. 

Keagungan ulama dan para wali mengusai medium ini dengan dalam jangkamasa yang lama. Aura pendidikan dari Mekah melalui tarekat-tarekat muktabar serta perkembangannya di Indonesia dan Tanah Melayu jelas mengambarkan perkembangan akidah yang tinggi. Bahasa Melayu menjadi pengantara di seluruh nusantara. 

Bagaimanapun, selepas kemasukan migrant dari India dan China serta penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris telah mengubah situasi ini. Media Cetak ini mula menjadi faktor penting dalam pengukuhan ekonomi dan kuasa. Ini dapat kita lihat bagaimana pengaruh dari India masih menebal di kalangan migrant India pada masa itu terutamanya perjuangan Mahatma Ghandi dan penyebaran agama hindu. Begitu juga dengan pengaruh China dalam komuniti China. Komunisme dan perjuangan rakyat China menebal di kalangan migrant China. Media cetak memainkan peranan yang amat penting pada masa itu. 


Akhbar-akhbar mula memainkan peranan penting dalam penyebaran idealogi, agama, nasionalism dan propaganda. Namun begitu, keuntungan bukanlah keutamaan media cetak pada masa itu. Perjuangan adalah keutamaan mereka. Bahasa Melayu Jawi dan Inggeris adalah pengatara pada masa itu.

Dalam perkembangan agama Islam pula berlaku khilaf di antara Kaum Muda dan Kaum Tua. Yang mana kaum muda cuba mempengaruhi akidah masyarakat yang selama ini dididik dengan pegangan yang kemas dan utuh. Berlaku ‘perbalahan’ di antara kedua-dua kaum ini. Bab Kaum Tua dan Kaum Muda akan diterangkan di dalam post yang akan datang.
Pengaruh dari penjajahan di Tanah Arab (Penyingkiran sistem khalifah di Arab Saudi, Jordan, Mesir dll) menyebabkan wujud satu aliran yang disebut sebut sebagai Wahabi dan perkembangan Syiah di Tanah Arab juga menyebabkan media cetak semakin popular. Akhbar-akhbar cetak bertulisan Jawi tumbuh seperti kulat dengan agendanya masing-masing. Jelas sekali pada masa itu agenda bermotifkan ‘kuasa agama’ menguasai pasaran. Contoh akhbar: Mastika, Utusan Malaya, Sinar Matahari, Al-Imam, dan lain-lain.

Semangat Nasionalisma juga berkembang melalui media cetak. Ini dapat kita selusuri perkembangan politik di tanah air. Bagaimana politik mulai tumbuh dan mengusai pengaruh agama yang awal tadi. Pergolakan politik mengalahkan kuasa agama dan raja-raja melayu pada masa itu. Agenda penjajahan minda terus dilaksanakan untuk memenuhi propaganda masing-masing. Media yang berasaskan tulisan ini (media cetak) menguasai seluruh perkembangan pemikiran bangsa dan Negara pada masa itu. Bermula dari perkembangan keagamaan hinggalah ke medan politik. Inilah kuasa medium ini dalam perkembangan modenisasi media di tanah air kita dan menjadi faktor utama pemikiran dan perlakuan kita pada hari ini.

Bersambung.



Pesanan: Mohon membaca dalam kefahaman yang ‘cuba memahami, dan bukannya mencari khilaf’ kerana tulisan ini hanyalah dari pendapat dan pemerhatian umum. Tulisan ini juga gagal memenuhi tatabahasa yang betul dan sedikit berunsur metafora dan klise. Sebarang kekhilafan dan kesalahan mohon dimaafkan. Penulis tidak bertanggungjawab atas pertelingkahan dan kekhilafan. Segalanya mengikut bentuk kefahaman akal dan nafsu pembaca yang tersendiri.

Modenisasi Media: Tanda Kemusnahan @ Kebangkitan?

August 26, 2014 · 0 comments



'Modenisasi Media: Tanda Kemusnahan @ Kebangkitan?'

Pengenalan;

Bismillahirahmanirrahim. Skala kemodenan mungkin diukur dengan peningkatan KDNK, nilai mata wang, kadar pengangguran, kadar inflasi, deflasi, FDI dan lain-lain kaedah pengukuran ekonomi. Itu mengikut kemodenan dalam konteks ekonomi sesebuah Negara. Bagaimana pula dengan kemodenan itu kalau diukur dengan konteks tingkah laku, idealogi, sahsiah, akal, dan pelbagai tindakan dari sifat kemanusiaan?.

Petunjuk kemusnahan atau kebangkitan merujuk kepada pandangan masing-masing. Fokus utama adalah media. Media merangkumi kepelbagaian kewujudan berdasarkan objektifnya yang tertentu. Mengikut aliran sejarah, peringkat awal hanya media berbentuk lisan, kemudian beralih kepada media dalam bentuk percetakan. Aliran teknologi membantu inovasinya hingga lahir media dalam bentuk siaran (tv/radio). Dan kini media elektronik menguasai jari-jari dan minda-minda manusia. Media Massa dan Media Elektronik adalah istilah yang lebih tepat mengikut bahasa bukunya. 

Moh kita menyelusuri sedikit perkembangannya ke atas tingkah laku manusia terutama kepada masyarakat kita di Malaysia. Kefahaman ini hanyalah nukilan dan bukannya fakta dari mana-mana sumber ilmiah atau propaganda mana-mana idealogi.


1) Media Berbentuk Lisan
Penyampaian berita atau ceritera melalui lisan digunakan oleh tamadun awal masyarakat kita di Negara ini. Segala pergerakan dan kejadian direkodkan melalui ingatan dan lisan. Media ini mempunyai nilai positif dan negatifnya. Walaubagaimana pun, objektif utamanya adalah untuk menyampaikan berita, cerita, propaganda, penyebaran pengaruh, penyebaran kefahaman agama, dan pelbagai lagi.

Ini dapat dikenangkan melalui sejarah-sejarah awal ketamadunan kita yang mana cerita-cerita epik, dongeng, kisah raja-raja, salasilah, penyebaran agama, dan penyebaran propaganda pemerintah pada masa itu. Namun terdapat juga bantuan dari sistem penulisan yang menyokong cerita atau propaganda tersebut seperti naskah Sulalatus Salatin, dan beberapa kitab agama. Media ini menjadi platform menyatakan keinginan dan kemahuan suatu pihak, kebiasaannya dipelopori oleh golongan-golongan tertentu. Hanya dengan medium ini ia mampu melakukan inovasi dan revolusi ketamadunan yang sekarang ini kita masih dapat kesan-kesan peninggalannya. Antaranya, cerita-cerita dongeng, lagu lagu rakyat, peristiwa-peristiwa, sejarah-sejarah kerajaan nusantara dan lain-lain.
Daripada perkembangan media ini pada masa itu tidak banyak pro dan kontranya. Pihak yang berkuasa dan berpengetahuan menguasai sumber berita serta kandungan berita dan penerima berita kebanyakannya hanya menerima bulat-bulat. 

Bersambung...





Pesanan: Mohon membaca dalam kefahaman yang ‘cuba memahami serta berkongsi, dan bukannya mencari khilaf’ kerana tulisan ini hanyalah dari pendapat dan pemerhatian umum. Tulisan ini juga gagal memenuhi tatabahasa yang betul dan sedikit berunsur metafora dan klise. Sebarang kekhilafan dan kesalahan mohon dimaafkan. Penulis tidak bertanggungjawab atas pertelingkahan dan kekhilafan. Segalanya mengikut bentuk kefahaman akal dan nafsu pembaca yang tersendiri. Penulis adalah seorang insan yang daif dan naif.

Brunei dalam Rahmat

May 9, 2014 · 1 comments
Salam. Hari ni baru terbaca satu artikel berkenaan dengan perlaksanaan hukum Islam di Brunei. Alhamdulillah, Allah izinkan ia berlaku. Yang menariknya ialah jawapan yang diberikan oleh Kerajaan Brunei terhadap golongan yang menentang perlaksanaan tersebut, sangat terharu. Berikut adalah jawapannya yang diambil dari 'Brunei United' ;




In your countries you practice freedom of speech, freedom of press, freedom of religion, etc. It's in your constitution It's your political system, your national identity, your rights, your way of life. In my country, we practice a Malay, Islamic, Monarchical system and we're going to start practicing the laws of Islam, Sharia Law . Islam is in our constitution, our national identity, our rights, our way of life.

We may find loopholes in your laws and justice system and you may have found ours, but this is our country. Just like you practice your right to be gay, etc. for this world you live in now, we practice our rights to be Muslims for this world and the Hereafter. 


This is an Islamic country practising Islamic law. Why don't you worry about your kids being gunned down in schools, worry about your prisons being unable to accommodate convicts, worry about your high rate of crimes and DUIs, worry about your high suicide and abortion rate, worry about whatever it is that you should be worried about there. Many religions are against homosexuality, it's nothing new. The moment you hear that Islam and Muslims making a stand and trying to reaffirm their faith, you judge, you boycott, you say that it's wrong, it's stupid, it's barbaric. 

Again, go back to those worries that you should focus on I've mentioned earlier. Is it not wrong to legalize deadly weapons, is it not wrong to allow unborn babies to be killed, is it not wrong to allow a lifestyle that results in AIDS and discontinuation of the next generation?

Why do you care so much what's happening here in an Islamic nation when you didn't even bat an eyelid about the Syrians, Bosnians, Rohingyas, Palestinians,etc. Thousands are being killed there and you don't care, not one is killed here under this Sharia Law, and you make a big fuss, even when the citizens here who are directly affected by it, accepts it with peace. Punishments may be harsher but it does not mean it's easier to be carried out. There are processes to go through before an actual conviction. We are fine with it, we are happy.

Terjemahan:
" Di Negara anda, kononnya anda mengamalkan kebebasan berbicara, kebebasan akhbar, kebebasan beragama, dll. Itu ada dalam konstitusi Negara Anda. Itu sistem politik anda, identiti nasional Anda, hak Anda, cara hidup Anda.

Di negara saya, kami amalkan budaya Melayu, Islam, sistem beraja dan kami akan mula mengamalkan hukum-hukum Islam, Hukum Syariah. Islam itu ada dalam konstitusi kami, identiti nasional kami, hak-hak kami, itu cara hidup kami .

Kami mungkin menemukan kelemahan dalam hukum dan sistem perundangan anda dan Anda mungkin menemukan kelamahan kami, tapi ini adalah negara kami. Sama sepertimana anda amalkan hak anda untuk menjadi gay, dan sebagainya di dunia yang Anda duduki di saat ini, kami juga berhak mengamalkan hak kami untuk menjadi Muslim dunia dan akhirat kami.

Ini adalah sebuah negara Islam yang mempraktikkan hukum Islam. Mengapa tidak anda khawatiri saja tentang anak-anak Anda yang ditembak mati di sekolah-sekolah, khawatiri tentang penjara Anda yang tidak mampu untuk menampung banduan, khawatir tentang tingginya darjah kejahatan Anda dan DUIs , khawatiri juga tentang jumlah bunuh diri dan pengguguran yang tinggi. Khawatirlah dengan apa saja yang Anda harus khawatiri di SANA. Banyak agama menentang homoseksual dan itu bukan perkara baru pun.

Saat Anda mendengar bahwa Islam dan Muslim membuat pendirian dan berusaha untuk menegakkan kembali iman mereka, anda mahu menghakimi, anda boikot, anda mengatakan bahwa itu salah, itu bodoh, itu biadab. Sekali lagi, kembali focus untuk mengkhawatiri apa yang telah saya sebutkan tadi. Apakah tidak salah untuk meluluskan penggunaan pelbagai senjata yang membunuh? tidakkah salah untuk memungkinkan bayi yang belum lahir untuk dibunuh? tidak salahkah untuk memungkinkan gaya hidup bebas yang menghasilkan AIDS yang memutuskan kesinambungan generasi berikutnya ?

Mengapa anda begitu peduli apa yang terjadi di sini, di sebuah negara Islam sedangkan Anda bahkan tidak celik tentang Syria, Bosnia, Rohingya, Palestin, dan lain-lain. Ribuan orang dibunuh di sana dan Anda tidak peduli pun, tidak ada seorangpun yang mati di sini di bawah hukum Syariah ini, dan Anda membuat keributan besar, bahkan ketika warga di sini yang secara langsung terkena impak hudud ini menerimanya dengan damai. Hukuman mungkin keras tetapi tidak bermakna ia akan dijatuhkan dengan mudah. Ada proses yang harus dilalui sebelum ianya dilakukan. Kami baik-baik saja dengannya, kami senang hati saja.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------


Semoga Allah Merahmati Kerajaan Ini.

Cukup padat, hebat dan terharu. Allah yang dimaksudkan, RedhaNya yang perlukan.
Semoga kita Rakyat Malaysia yang Muslim terus mencari 'Jalan' yang membetuli jalan Rasulullah SAW, dan bukannya menunding sana sini, menyalahi sana sini, dan hanya mengambil ikhtibar tanpa blajar pada yang sepatutnya dan melaksanakan fardu-fardu yang wajib dengan ikhlas tanpa berkehendak.
Wassalam.

TGKH.Muhammad Zainuddin Abdul Madjid

May 8, 2014 · 0 comments
Salam, ulama adalah pewaris nabi. tetapi berapa banyak tokoh atau ulama sufi yang ada di dalam kepala kita? atau kita dah disempitkan dengan ilmiah, idealogi, pemikiran barat yang berkehendakan kita lupa pada tokoh/ulama2 besar? Kehidupan kita penuh dengan penerapan atau penjajahan rohani iaitu; bangun tidur- kerja, cari makan, cari keluarga, cari harta, tidur dan lain-lain...semata-mata. hingga ada yg lupa pada ibadat, lupa pada zikrullah, lupa pada matlamat kehidupan. lalu mereka pelbagai alasan melalui pemikiran islam kononnya yang menghalalkan itu ini mengikut nafsu atau kepentingan kehidupan masa kini.


Di sini penulis memperkenalkan seorang ulamak besar wali Allah Tuan Guru Kiai Hj. Muhammad Zainuddin Abdul Madjid. Artikel ini di ambil secara terus dari wikipedia bahasa indonesia di pautan http://id.wikipedia.org/wiki/Muhammad_Zainuddin_Abdul_Madjid

semoga dengan mengenali, dan mengambil tahu ini sekurang-kurangnya kita dapat meningkatkan kefahaman dan kekuatan untuk beribadat 'kerana Allah' bukan berkehendak kepada yang lain. Hadiahkan Al-Fatihah kepada Bapa Pendiri Madrasah ini dengan ikhlas. Semoga Allah redho atas perbuatan saya ini.


 
TGKH. Muhammad Zainuddin Abdul Madjid

Maulana sysyaikh Tuan Guru Kyai Hajji Muhammad Zainuddin Abdul Madjid adalah seorang ulama karismatis dari Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat dan merupakan pendiri Nahdlatul Wathan, organisasi massa Islam terbesar di provinsi tersebut. Di pulau Lombok, sebutan Syaikh lebih dikenal dengan sebutan Tuan Guru, yang di Jawa identik dengan Kyai. Seperti Hamka, beliapun memiliki nama singkatan, yaitu Hamzanwadi (Hajji Muhammad Zainuddin Abdul Madjid Nahdlatul Wathan Diniyah Islamiyah).
 
Kelahiran
'Al-Mukarram Maulana al-Syaikh Tuan Guru Kyai Hajji Muhammad Zainuddin Abdul Madjid' dilahirkan di Kampung Bermi, Pancor, Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat pada tanggal 17 Rabiul Awwal 1316 Hijriah bertepatan dengan tanggal 5 [[Agustus 1898 Masehi dari perkawinan Tuan Guru Haji Abdul Madjid (beliau lebih akrab dipanggil dengan sebutan Guru Mukminah atau Guru Minah) dengan seorang wanita shalihah bernama Hajjah Halimah al-Sa'diyah.[1]

Nama kecil beliau adalah 'Muhammad Saggaf', nama ini dilatarbelakangi oleh suatu peristiwa yang sangat menarik untuk dicermati, yakni tiga hari sebelum beliau dilahirkan ayah beliau, TGH. Abdul Madjid, didatangi orang waliyullah masing-masing dari Hadramaut dan Magrabi. Kedua waliyullah itu secara kebetulan mempunyai nama yang sama, yakni "Saqqaf". Kedua waliyullah itu berpesan kepada TGH. Abdul Madjid supaya anaknya yang akan lahir itu diberi nama "Saqqaf" yang artinya "Atapnya para Wali pada zamannya". Kata "Saqqaf" di Indonesia-kan menjadi "Saggaf" dan untuk dialek bahasa Sasak menjadi "Segep". Itulah sebabnya beliau sering dipanggil dengan "Gep" oleh ibu beliau, Hajjah Halimah al-Sa'diyah.
Setelah menunaikan ibadah haji, nama kecil beliau tersebut diganti dengan 'Haji Muhammad Zainuddin'. Nama ini pun diberikan oleh ayah beliau sendiri yang diambil dari nama seorang ulama besar yang mengajar di Masjid al-Haram. Akhlak dan kepribadian ulama besar itu sangat menarik hati sang ayah. Nama ulama besar itu adalah Syaikh Muhammad Zainuddin Serawak, dari Serawak, Malaysia.
 
Silsilah
Silsilah Tuan Guru Kyai Haji Muhammad Zainuddin Abdul Madjid tidak bisa diungkapkan secara jelas dan runtut, terutama silsilahnya ke atas, karena catatan dan dokumen silsilah keluarga beliau ikut hangus terbakar ketika rumahnya mengalami musibah kebakaran. Namun, menurut sejumlah kalangan bahwa asal usulnya dari keturunan orang-orang terpandang, yakni dan keturunan sultan-sultan Selaparang, sebuah kerajaan Islam yang pernah berkuasa di Pulau Lombok. Disebutkan bahwa Tuan Guru Kyai Haji Muhammad Zainuddin Abdul Madjid merupakan keturunan Kerajaan Selaparang yang ke-17. [2]

Pendapat ini tentu saja paralel dengan analisis yang diajukan oleh seorang antropolog berkebangsaan Swedia bernama Sven Cederroth, yang merujuk pada kegiatan ziarah yang dilakukan Tuan Guru Kyai Haji Muhammad Zainuddin Abdul Madjid ke makam Selaparang pada tahun 1971, sebelum berlangsungnya kegiatan pemilihan umum (Pemilu).[3] Praktek ziarah semacam ini memang bisa dilakukan oleh masyarakat Indonesia pada umumnya, termasuk masyarakat Sasak, untuk mengidentifikasikan diri dengan leluhurnya. Disamping itu pula, Tuan Guru Kyai Haji Muhammad Zainuddin Abdul Madjid tidak pernah secara terbuka menyatakan penolakannya terhadap anggapan dan pernyataan-pernyataan yang selama ini beredar tentang silsilah ketununannya, yakni kaitan genetiknya dengan sultan-sultan Kerajaan Selaparang.
 
Keluarga
Maulana Syaikh TGKH. Muhammad Zainuddin Abdul Madjid adalah anak bungsu dari enam bersaudara. Kakak kandung beliau lima orang, yakni Siti Syarbini, Siti Cilah, Hajjah Saudah, Haji Muhammad Sabur dan Hajjah Masyitah.

Ayahnya TGH. Abdul Madjid yang terkenal dengan penggilan "Guru Mu'minah" adalah seorang muballigh dan terkenal pemberani. Beliau pernah memimpin pertempuran melawan kaum penjajah, sedangkan ibunya Hajjah Halimah al-Sa'diyah terkenal sangat salehah.
Sejak kecil al-Mukarram Maulana al-Syaikh TGKH. Muhammad Zainuddin Abdul Madjid terkenal sangat jujur dan cerdas. Karena itu tidaklah mengherankan bila ayah-bundanya memberikan perhatian istimewa dan menumpahkan kasih sayang begitu besar kepada beliau. Ketika melawat ke Tanah Suci Mekah untuk melanjutkan studi, ayah-bundanya ikut mengantar ke Tanah Suci. Ayahnya-lah yang mencarikan guru tempat beliau belajar pertama kali di Masjid Haram dan sempat menemani beliau di Tanah Suci sampai dua kali musim haji. Sedangkan ibunya Hajjah Halimatus Sa'diyah ikut bermukim di Tanah Suci mendampingi dan mengasuh beliau sampai ibunya tercintanya itu berpulang ke rahmatullah tiga setengah tahun kemudian dan dimakamkan di Mu'alla Mekah.

Dengan demikian, tampak jelaslah betapa besar perhatian ayah-bundanya terhadap pendidikan beliau. Hal ini juga tercermin dari sikap ibunya bahwa setiap kali beliau berangkat untuk menuntut ilmu, ibunya selalu mendoakan dengan ucapan "Mudah mudahan engkau mendapat ilmu yang barakah" sambil berjabat tangan serta terus memperhatikan kepergian beliau sampai tidak terlihat lagi oleh pandangan mata. Pernah suatu ketika, beliau lupa pamit pada ibunya. Beliau sudah jauh berjalan sampai ke pintu gerbang baru sang ibu melihatnya dan kemudian memanggil beliau untuk kembali, Gep, gep, gep (nama panggilan masa kecil beliau), koq lupa bersalaman?, ucap ibu beliau dengan suara yang cukup keras. Akhirnya, beliau pun kembali menemui ibunya sembari meminta maaf dan bersalaman. Lalu sang ibu mendoakan beliau. Mudah-mudahan anakku mendapatkan ilmu yang barokah. Setelah itu beliau kemudian berangkat ke sekolah. Hal ini merupakan suatu pertanda bahwa betapa besar kesadaran ibunya akan penting dan mustajabnya doa ibu untuk sang anak sebagaimana ditegaskan dalam hadits Rasulullah SAW, bahwa doa ibu menduduki rangking kedua setelah doa Rasul.

Pendidikan
Pengembaraan TGKH. Muhammad Zainuddin Abdul Madjid menuntut ilmu pengetahuan berawal dari pendidikan dalam keluarga, yakni dengan belajar mengaji [membaca Al-qur'an] dan berbagai ilmu agama lainnya, yang diajarkan langsung oleh ayahnya, yang dimulai sejak berusia 5 tahun.

Pendidikan Lokal
Setelah berusia 9 tahun, ia memasuki pendidikan formal yang disebut Sekolah Rakyat Negara, hingga tahun 1919 M. Setelah menamatkan pendidikan formalnya, beliau kemudian diserahkan oleh ayahnya untuk menuntut ilmu agama yang lebih luas dari beberapa Tuan Guru lokal, antara lain TGH. Syarafudin dan TGH. Muhammad Sa'id dari Pancor serta Tuan Guru Abdullah bin Amaq Dulaji dari desa Kelayu, Lombok Timur. Ketiga guru agama ini mengajarkan ilmu agama dengan sistem halaqah, yaitu para santri duduk bersila di atas tikar dan mendengarkan guru membaca kitab yang sedang dipelajari, kemudian masing-masing murid secara bergantian membaca.

Pendidikan di Mekah
Untuk lebih memperdalam ilmu agama, Muhammad Zainuddin remaja berangkat menuntut ilmu ke Mekah diantar kedua orang tuanya, tiga orang, kemenakan dan beberapa orang keluarga, termasuk pula TGH. Syarafuddin. Pada saat itu beliau berusia 15 tahun, yaitu menjelang musim Haji tahun 1341 H/1923 M. Sesampai di Tanah Suci, TGKH. Muhammad Zainuddin Abdul Madjid langsung mencari rumah kontrakan di Suqullail, Mekah.

Belajar di Masjid al-Haram
Beberapa setelah musim Haji usai, TGH. Abd. Madjid mulai sibuk mencarikan guru buat anaknya. Sampailah pencarian TGH. Abd. Madjid pada sebuah halaqah. Syaikh yang mengajar di lingkaran tersebut bernama Syaikh Marzuki, seorang keturunan Arab kelahiran Palembang yang sudah lama mengajar mengaji di Masjid Haram, yang saat itu berusia sekitar 50 tahun. Disanalah TGKH. Muhammad Zainuddin Abdul Madjid diserahkan untuk belajar.
Selain itu juga sempat belajar ilmu sastra pada ahli syair terkenal di Mekah, yakni Syaikh Muhammad Amin al-Kutbi dan pada saat itu berkenalan dengan Sayyid Muhsin Al-Palembani, seorang keturunan Arab kelahiran Palembang yang kemudian menjadi guru beliau di Madrasah al-Shaulatiyah.
Ketika ayah TGKH. Muhammad Zainuddin Abdul Madjid pulang ke Lombok, ia langsung berhenti belajar mengaji pada Syaikh Marzuki, karena ia merasa tidak banyak mengalami perkembangan yang berarti dalam menuntut ilmu selama ini. Namun, ia belum sempat mencari guru, terjadi perang saudara antara kekuasaan Syarif Husein dengan golongan Wahabi.[4]

Belajar di Madrasah al-Shaulatiyah
Dua tahun setelah terjadinya huru hara tersebut, Muhammad Zainuddin Abdul Madjid muda berkenalan dengan seseorang yang bernama Haji Mawardi dari Jakarta. Dari perkenalannya itu ia diajak masuk belajar di madrasah al-Shaulatiyah, yang saat itu dipimpin oleh Syaikh Salim Rahmatullah. Pada hari pertama masuknya ia bertemu dengan Syaikh Hasan Muhammad al-Masysyath.
Madrasah al-Shaulatiyah adalah madrasah pertama sebagai permulaan sejarah baru dalam pendidikan di Arab Saudi. Madrasah ini sangat legendaris, gaungnya telah menggema di seluruh dunia dan telah menghasilkan banyak ulama-ulama besar dunia. TGKH. Muhammad Zainuddin masuk Madrasah al-Shaulatiyah pada tahun 1345 H (1927 M) yang waktu dipimpin (Mudir/Direktur), Syaikh Salim Rahmatullah yang merupakan cucu pendiri Madrasah al-Shaulatiyah. Sudah menjadi tradisi bahwa setiap thullab yang masuk di Madrasah Al-Shaulatiyah harus mengikuti tes masuk untuk menentukan kelas yang cocok bagi thullab. Demikian pula dengan TGKH. Muhammad Zainuddin, juga ditest terlebih dahulu. Secara kebetulan diuji langsung oleh Direktur al-Shaulatiyah sendiri, Syaikh Salim Rahmatullah dan Syaikh Hasan Muhammad al-Masysyath.

Hasil test menentukan di kelas 3. mendengar keputusan itu, TGKH. Muhammad Zainuddin minta diperkenankan masuk kelas 2 dengan alasan ingin mendalam mata pelajaran ilmu Nahwu dan Sharaf. Semula Syaikh Hasan bersikeras agar TGKH. Muhammad Zainuddin masuk kelas 3, tetapi pada akhirnya melunak dan mengabulkan permohonan untuk masuk kelas 2 dan sejak itu TGKH. Muhammad Zainuddin secara resmi masuk Madrasah al-Shaulatiyah mulai dari kelas 2. Prestasi akademiknya sangat istimewa. Beliau berhasil meraih peringkat pertama dan juara umum. Dengan kecerdasan yang luar biasa, TGKH. Muhammad Zainuddin berhasil menyelesaikan studi dalam waktu hanya 6 tahun, padahal normalnya adalah 9 tahun. Dari kelas 2, diloncatkan ke kelas 4, kemudian loncat kelas lagi dari kelas 4 ke kelas 6, kemudian pada tahun-tahun berikutnya naik kelas 7, 8 dan 9.

Sahabat sekelas TGKH. Muhammad Zainuddin bernama Syaikh Zakaria Abdullah Bila, mengakui kejeniusannya dan mengatakan: Syaikh Zainuddin itu adalah manusia ajaib di kelasku, karena kejeniusannya yang tinggi dan luar biasa dan saya sungguh menyadari hal ini. Syaikh Zainuddin adalah saudaraku, dan kawan sekelasku dan saya belum pernah mampu mengunggulinya dan saya tidak pernah menang dalam berprestasi pada waktu saya bersama-sama dalam satu kelas di Madrasah Al-Shaulatiyah Mekah.
Predikat istimewa ini disertai pula dengan perlakuan istimewa dari Madrasah Al-Shaulatiyah. Ijazahnya ditulis langsung oleh ahli khat terkenal di Mekah, yaitu Al-Khathath al-Syaikh Dawud al-Rumani atas usul dari direktur Madrasah al-Shaulatiyah. Prestasi istimewa itu memerlukan pengorbanan, ibu yang selalu mendampingi selama belajar di Madrasah al-Shaulatiyah berpulang ke rahmatullah di Mekah. Maulana al-Syaikh TGKH. Muhammad Zainuddin Abdul Madjid menyelesaikan studi di Madrasah al-Shaulatiyah pada tanggal 22 Dzulhijjah 1353 H dengan predikat "mumtaz" (Summa Cumlaude).

Setelah tamat dari Madrasah al-Shaulatiyah, tidak langsung pulang ke Lombok, tetapi bermukim lagi di Mekah selama dua tahun sambil menunggu adiknya yang masih belajar, yaitu Haji Muhammad Faisal. Waktu dua tahun itu dimanfaatkan untuk belajar antara lain belajar ilmu fiqh kepada Syaikh Abdul Hamid Abdullah al-Yamani. Dengan demikian, waktu belajar yang ditempuh selama di Tanah Suci Mekah adalah 13 kali musim haji atau kurang lebih 12 tahun. Ini berarti selama di Mekah sempat mengerjakan ibadah haji sebanyak 13 kali.

Setelah selesai menuntut ilmu di Mekah dan kembali ke tanah air, TGKH. Muhammad Zainuddin langsung melakukan safari dakwah ke berbagai lokasi di pulau Lombok, sehingga dikenal secara luas oleh masyarakat. Pada waktu itu masyarakat menyebutnya 'Tuan Guru Bajang'. Semula, pada tahun 1934 mendirikan pesantren al-Mujahidin sebagai tempat pemuda-pemuda Sasak mempelajari agama dan selanjutnya pada tanggal 15 Jumadil Akhir 1356 H/22 Agustus 1937 mendirikan Nahdlatul Wathan Diniyah Islamiyah (NWDI) dan menamatkan santri (murid) pertama kali pada tahun ajaran 1940/1941.
 
Kepemimpinan
Kesuksesan perjuangan seseorang tokoh atau pemimpin banyak ditentukan oleh pola kepemimpinannya. Kearifan seorang pemimpin dalam melaksanakan tugas kepemimpinannya akan menentukan keberhasilan perjuangannya.

Perjuangan dan kepemimpinan merupakan dua hal yang saling mengkait, karena perjuangan itu akan berhasil baik, apabila pola pendekatan yang dipergunakan dalam kepemimpinan itu baik. Di samping itu, kepemimpinan yang arif dan bijaksana akan menghasilkan keberhasilan perjuangan.
Maulana al-Syaikh TGKH. Muhammad Zainuddin Abdul Madjid dikenal sebagai ulama' besar di Indonesia karena ilmu yang dimiliki sangat luas dan mendalam. Demikian juga charisma beliau sebagai sosok figure ulama demikian besar. Beliau adalah tokoh panutan yang sangat berpengaruh karena kearifan dan kebijaksanaannya. Perjuangan dan kepemimpinan beliau senantiasa diarahkan untuk kepentingan umat. Penghargaan dan penghormatan yang diberikan kepada seseorang yang telah berjasa kepadanya terutama kepada guru-guru beliau diwujudkan dalam bentuk yang dapat memberikan manfaat kepada umat.
Sebagai contoh dapat dikemukakan bahwa penghargaaan beliau kepada mahaguru yang paling dicintai dan disayangi. Maulana Syaikh Hasan Muhammad al-Masysyath diwujudkan dalam bentuk pondok pesantren Hasaniyah NW di Jenggik, Lombok Timur. Penghargaan kepada mahagurunya Maulana Syaikh Sayyid Muhammad Amin al-Kutbi diwujudkan dalam bentuk Pondok Pesantren Aminiyah NW di Bonjeruk Lombok Tengah, dan penghargaan kepada Mahagurunya Maulana al-Syaikh Salim Rahmatullah beliau sudah merencanakan untuk mendirikan sebuah Pondok Pesantren di Lombok Timur. Pola kepemimpinan yang beliau contohkan di atas hanya dapat dilakukan oleh orang-orang yang memiliki wawasan ilmu yang dalam serta pemimpin yang memiliki kearifan dan kebijaksanaan.

Demikian pula tentang pendekatan yang beliau lakukan selalu bernilai paedagogik dalam arti mengandung nilai-nilai pendidikan. Beliau tidak mau bahkan tidak pernah bersikap sebagai pembesar yang disegani. Beliau selalu bertindak sebagai pengayom yang berada di tengah-tengah jama'ah dan senantiasa menempatkan diri sesuai dengan keberadaan dan kemampuan mereka. Demikian juga halnya di kala beliau memberikan fatwanya selalu disesuaikan dengan kondisi dan jangkauan alam pikiran murid dan santerinya.
Pembawaan dan sikap hidup beliau selalu menunjukkan kesederhanaan. Inilah yang membuat beliau selalu dekat dengan para warganya dan murid-muridnya dengan tidak mengurangi kewibawaan dan charisma yang beliau miliki. Keluhan yang disampaikan para warga dan muridnya ditampung, di dengar, dan dicarikan jalan penyelesaiannya dengan penuh kearifan dan kebijaksanaan dengan tidak merugikan salah satu pihak.
Untuk melanjutkan dan mengembangkan perjuangan Nahdlatul Wathan di masa datang, beliau sangat mendambakan munculnya kader-kader yang memiliki potensi dan militansi, serta loyalitas yang tinggi, baik dari segi semangat, wawasan, maupun bobot keilmuan. Dalam banyak kesempatan beliau sering menyampaikan keinginannya agar murid dan santri beliau memiliki ilmu pengetahuan sepuluh bahkan seratus kali lipat lebih tinggi daripada ilmu pengetahuan yang beliau miliki. Demikian motovasi yang selalu beliau kumandangkan supaya murid dan santri beliau lebih tekun dan berpacu dalam menuntut ilmu pengetahuan, baik di dalam maupun di luar negeri.

Dalam menerima dan menghadapi para murid dan santeri serta warga Nahdlatul Wathan, beliau tidak pernah membedakan antara yang satu dengan yang lain. Semua murid dan santeri serta warga Nahdlatul Wathan di berikan perhatian dan kasih saying yang sama besarnya, bagaikan cinta dan kasih saying seorang bapak kepada anak-anaknya.

Yang membedakan murid dan santeri di hadapan beliau adalah kadar keikhlasan dan sumbangsihnya kepada Nahdlatul Wathan. Dan, untuk membina dan memonitor kualitas kader Nahdlatul Wathan, beliau mengeluarakan wasiat dalam bahasa Arab, yang artinya:
Dengan menyebut nama Allah dan dengan memuji-Nya semoga keselamatn tetap tercurah padamu, demikian pula rahmat Allah, keberkatan, ampunan dan ridha-Nya.
Anak-anak yang setia dan murid-muridku yang berakal. Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisiku ialah yang paling banyak bermanfaat untuk perjuangan Nahdlatul Wathan dan sejahat-jahat kamu disisiku ialah yang paling banyak merugikan perjuangan Nahdlatul Wathan.
Karena itu, kuatkanlah kesabaranmu, tetaplah bersiap siaga, berjuanglah kemudian berjuanglah di jalan Nahdlatul Wathan untuk mempertinggi citra agama dan negara. Niscaya kamu dengan kekuasaan Allah swt. Tergolong pejuang agama, orang saleh dan mukhlish baik pada waktu sendirian maupun pada waktu bersama orang lain.

Semoga Allah membukakan pintu rahmat untuk kami dan kamu dan semoga ia menganugerahi kami dan kamu serta para simpatisan Nahdlatul Wathan masuk surga dan nikmat tambahan yang tiada taranya, yaitu melihat zat-Nya dari dalam surga.

Demikianlah, wasiat ini dikeluarkan setelah terlihat beberapa kader dari kalangan alumni Madrasah NWDI, dan mereka yang sudah dibiayai beliau untuk melanjutkan ke sekolah yang lebih tinggi keluar dari garis perjuangan oraganisasi. Tidak taat pada kebijakan-kebijakan yang ditetapkan oleh beliau. Memang dalam rangka kaderisasi beliau banyak memberikan bantuan kepada alumni NWDI jdan orang-orang lain untuk melanjutkan ke sekolah yang lebih tinggi dengan nawaitu khusus dan perjanjian khusus pula, yaitu untuk setia membela dan memperjuangkan cita-cita NWDI, NBDI dan NW. Alhamdulillah banyaklah di antara mereka yang benar-benar menepati janjinya dengan tulus. Sebaliknya ada juga yang khianat pada janjinya, tidak malu merobek-robek nawaitu pengirimannya. Eksistensi dan aplikasi dari wasiat ini menjadi tolok ukur kualitas dan kader ketaatan serta keihklasan kader-kader Nahdlatul Wathan.

Di samping itu, untuk mempertegas Wasiat Renungan Masa I dan II berbahasa Indonesia dalam bentuk puisi. Wasiat Renungan Masa ini berisikan nasihat, fatwa dan pedoman bagi warga Nahdlatul Wathan dalam berjuang.

Lahirnya wasitat-wasiat tersebut merupakan konsekuensi logis dari pola kepemimpinan beliau yang selalu menekankan hubungan guru dan murid. Beliau adalah figur pemimpin yang selalu menekankan agar tetap terjalin dan terpelihara hubungan antara guru dan murid. Menurut prinsip beliau bahwa tidak ada guru yang membuang murid akan tetapi kebanyakan murid yang membuang guru.

Perjuangan
TGKH. Muhammad Zainuddin Abdul Madjid belajar di Tanah Suci Mekah selama 13 tahun kemudian kembali ke Indonesia atas perintah dari guru beliau yang paling di kagumi, yakni Syaikh Hasan Muhammad al-Masysyath, pada tahun 1934. Setiba di Pulau Lombok beliau mendirikan Sekembali dari Tanah Suci Mekah ke Indonesia mula-mula beliau mendirikan pesantren al-Mujahidin pada tahun 1934 M. kemudian pada tanggal 15 Jumadil Akhir 1356 H/22 Agustus 1937 M. beliau mendirikan Madrasah Nahdlatul Wathan Diniyah Islamiyah (NWDI). Madrasah ini khusus untuk mendidik kaum pria. Kemudian pada tanggal 15 Rabiul Akhir 1362 H/21 April 1943 M. beliau mendirikan madrasah Nahdlatul Banat Diniah Islamiyah (NBDI) khusus untuk kaum wanita. Kedua madrasah ini merupakan madrasah pertama di Pulau Lombok yang terus berkembang dan merupakan cikal bakal dari semua madrasah yang bernaung di bawah organisasi Nahdlatul Wathan. Dan secara khusus nama madrasah tersebut diabadikan menjadi nama pondok pesantren 'Dar al-Nahdlatain Nahdlatul Wathan'. Istilah 'Nahdlatain' diambil dari kedua madrasah tersebut. Beliau aktif berdakwah keliling desa di Pulau Lombok dan mengajar.
Pada tahun 1952, madrasah-madrasah cabang NWDI-NBDI yang didirikan oleh para alumni di berbagai daerah telah berjumlah 66 buah. Maka untuk mengkoordinir, membina dan mengembangkan madrasah-madrasah cabang tersebut beserta seluruh amal usahanya, al-Mukarram Maulana al-Syaikh TGKH. Muhammad Zainuddin Abdul Madjid mendirikan organisasi Nahdlatul Wathan yang bergerak di dalam bidang pendidikan, sosial dan dakwah islamiyah pada tanggal 15 Jumadil Akhir 1372 H/1 Maret 1953 M. sampai dengan tahun 1997 ini lembaga-lembaga pendidikan yang dikelola oleh Organisasi Nahdlatul Wathan telah berjumlah 747 buah dari tingkat taman kanak-kanak sampai dengan perguruan tinggi, begitu juga lembaga sosial dan dakwah islamiyah Nahdlatul Wathan berkembang dengan pesat bukan hanya di NTB melainkan juga diberbagai daerah di Indonesia seperti NTT, Bali, Jawa Timur, Jawa Barat, DKI Jakarta, Riau, Sulawesi, Kalimantan, bahkan sampai ke mancanegara seperti Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, dan lain sebagainya.
Pada zaman penjajahan, al-Mukarram Maulana al-Syaikh TGKH. Muhammad Zainuddin Abdul Madjid juga menjadikan madrasah NWDI dan NBDI sebagai pusat pergerakan kemerdekaan, tempat menggembleng patriot-patriot bangsa yang siap bertempur melawan dan mengusir penjajah. Bahkan secara khusus al-Mukarram Maulana al-Syaikh TGKH. Muhammad Zainuddin Abdul Madjid bersama guru-guru Madrasah NWDI-NBDI membentuk suatu gerakan yang diberi nama "Gerakan al-Mujahidin". Gerakan al-Mujahidin ini bergabung dengan gerakan-gerakan rakyat lainnya di Pulau Lombok untuk bersama-sama membela dan mempertahankan kemerdekaan dan keutuhan Bangsa Indonesia. Dan pada tanggal 7 Juli 1946, TGH. Muhammad Faizal Abdul Majid adik kandung Maulana al-Syaikh TGKH. Muhammad Zainuddin Abdul Madjid memimpin penyerbuan tanksi militer NICA di Selong. Namun, dalam penyerbuan ini gugurlah TGH. Muhammad Faisal Abdul Madjid bersama dua orang santri NWDI sebagai Syuhada' sekaligus sebagai pencipta dan penghias Taman Makam Pahlawan Rinjani Selong, Lombok Timur.
Al Mukkarram Maulana al-Syaikh TGKH. Muhammad Zainuddin Abdul Madjid sebagai ulama' pemimpin umat, dalam kehidupan bermasyarakt dan berbangsa telah mengemban berbagai jabatan dan menanamkan berbagai jasa pengabdian, di antaranya :

•    Pada tahun 1934 mendirikan pesantren al-Mujahidin
•    Pada tahun 1937 mendirikan Madrasah NWDI
•    Pada tahun 1943 mendirikan madrasah NBDI
•    Pada tahun 1945 pelopor kemerdekaan RI untuk daerah Lombok
•    Pada tahun 1946 pelopor penggempuran NICA di Selong Lombok Timur
•    Pada tahun 1947/1948 menjadi Amirul Haji dari Negara Indonesia Timur
•    Pada tahun 1948/1949 menjadi anggota Delegasi Negara Indonesia Timur ke Arab Saudi
•    Pada tahun 1950 Konsulat NU Sunda Kecil
•    Pada tahun 1952 Ketua Badan Penaseha Masyumi Daerah Lombok
•    Pada tahun 1953 mendirikan Organisasi Nahdlatul Wathan
•    Pada tahun1953 Ketua Umum PBNW Pertama
•    Pada tahun 1953 merestui terbentuknya parti NU dan PSII di Lombok
•    Pada tahun 1954 merestui terbentuknya PERTI Cang Lombok
•    Pada tahun 1955 menjadi anggota Konstituante RI hasil Pemilu I (1955)
•    Pada tahun 1964 mendiriakn Akademi Paedagogik NW
•    Pada tahun 1964 menjadi peserta KIAA (Konferensi Islam Asia Afrika) di Bandung
•    Pada Tahun 1965 mendirikan Ma'had Dar al-Qu'an wa al-Hadits al-Majidiyah Asy-Syafi'iyah Nahdlatul Wathan
•    Pada tahun 1972-1982 sebagai anggota MPR RI hasil pemilu II dan III
•    Pada tahun 1971-1982 sebagai penasihat Majlis Ulama' Indonesia (MUI) Pusat
•    Pada tahun 1974 mendirikan Ma'had li al-Banat
•    Pada Tahun 1975 Ketua Penasihat Bidang Syara' Rumah Sakit Islam Siti Hajar Mataram (sampai 1997)
•    Pada tahun 1977 mendirikan Universitas Hamzanwadi
•    Pada tahun 1977 menjadi Rektor Universitas Hamzanwadi
•    Pada tahun 1977 mendirikan Fakultas Tarbiyah Universitas Hamzanwadi
•    Pada tahun 1978 mendirikan STKIP Hamzanwadi
•    Pada tahun 1978 mendirikan Sekolah Tinggi Ilmu Syari'ah Hamzanwadi
•    Pada tahun 1982 mendirikan Yayasan Pendidikan Hamzanwadi
•    Pada tahun 1987 mendirikan Universitas Nahdlatul Wathan Mataram
•    Pada tahun 1987 mendirikan Sekolah Tinggi Ilmu Hukum Hamzanwadi
•    Pada tahun 1990 mendirikan Sekolah Tinggi Ilamu Dakwah Hamzanwadi
•    Pada tahun 1994 mendirikan Madrasah Aliyah Keagamaan putra-putri
•    Pada tahun 1996 mendirikan Institut Agama Islam Hamzanwadi

Oleh karena jasa-jasa beliau itulah, maka pada tahun 1995 belau dianugerahi Piagam Penghargaan dan medali Pejuang Pembangunan oleh pemerintah. Disamping itu, al-Mukarram Maulana al-Syaikh TGKH. Muhammad Zainuddin Abdul Madjid selaku seorang mujahid selalu berupaya mengadakan inovasi dalam gerakan perjuangannya untuk meningkatkan kesejahteraan ummat demi kebahagian di dunia maupun di akhirat.

Di antara inovasi/rintisa-rintisan beliau adalah menyelenggarakan pendidikan dan pengajaran agama Islam di NTB dengan sistem madrasi, membuka lembaga pendidikan khusus untuk wanita, mengadakan ziarah umum Idul Fitri dan Idul Adha dengan mendatangai jamaah di samping didatangi, meyelenggarakan pengajian umum secara bebas, mengadakan gerakan doa dengan berhizib, mengadakan syafa'at al-kubro, menciptakan tariqat, yakni tariqat Hizib Nahdlatul Wathan, membuka sekolah umum disamping sekolah agama (madrasah), menyusun nazam berbahasa Arab bercampur bahasa Indonesia, dan lain-alin.
Sebagai seorang Ulama' mujahid beliau telah memberikan keteladanan yang terpuji. Seluruh sisi kehidupan beliau, beliau isi dengan perjuangan memajukan agama, nusa dan bangsa. Tegasnya, tiada hari tanpa perjuangan. Itulah yang senantiasa terlihat dan terkesan dari seluruh sisi kehidupan beliau yang patut dicontoh dan diteladani oleh seluruh pengikut dan murid beliau.
 
Karya
Al-Mukarram Maulana al-Syaikh TGKH. Muhammad Zainuddin Abdul Madjid selaku ulama' pewaris para Nabi, di samping menyampaikn dakwah bi al-hal wa bi al-lisan, juga tergolong penulis dan pengarang yang produktif. Bakat dan kemampuan beliau sebagai pengarang ini tumbuh dan berkembang sejak beliau masih belajar di Madrasah Shaulatiyah Mekah. Namun karena banyaknya dan padatnya kegiatan keagamaan dan keasyarakatan yang harus diisi maka peluang dan kesempatan untuk memperbanyak tulisan tampaknya sangat terbatas. Kendatipun demikian di tengah-tengah keterbatasan waktu itu, beliau masih sempat mengarang beberapa kitab, kumpulan doa, dan lagu-lagu perjuangan dalam bahasa Arab, Indonesia dan Sasak.

Dalam bahasa Arab
•    Risalah al-Tauhid
•    Sullam al-Hija Syarah Safinah al-Naja
•    Nahdlah al-Zainiah
•    At Tuhfah al-Amfenaniyah
•    Al Fawakih al-Nahdliyah
•    Mi'raj al-Shibyan ila Sama'i Ilm al-Bayan
•    Al-Nafahat ‘ala al-Taqrirah al-Saniyah
•    Nail al-Anfal
•    Hizib Nahdlatul Wathan
•    Hizib Nahdlatul Banat
•    Tariqat Hizib Nahdlatul Wathan
•    Shalawat Nahdlatain
•    Shalawat Nahdlatul Wathan
•    Shalawat Miftah Bab Rahmah Allah
•    Shalawat al-Mab'uts Rahmah li al-‘Alamin

Dalam bahasa Indonesia dan Sasak
•    Batu Ngompal
•    Anak Nunggal
•    Taqrirat Batu Ngompal
•    Wasiat Renungan Masa I dan II

Nasyid/Lagu Perjuangan
•    Ta'sis NWDI
•    Imamuna al-Syafi'i
•    Ya Fata Sasak
•    Ahlan bi Wafid al-Zairin
•    Tanawwar
•    Mars Nahdlatul Wathan
•    Bersatulah Haluan
•    Nahdlatain
•    Pacu Gama'
•    …dan lain sebagainya.
 
Wafat
Tarikh akhir 1997 menjadi masa kelabu Nusa Tenggara Barat. Betapa tidak, hari Selasa, 21 Oktober 1997 M / 18 Jumadil Akhir 1418 H dalam usia 99 tahun menurut kalender Masehi, atau usia 102 tahun menurut Hijriah. Sang ulama karismatis, Tuan Guru Haji Muhammad Zainuddin Abdul Madjid, berpulang ke rahmatullah sekitar pukul 19.53 WITA di kediaman beliau di desa Pancor, Lombok Timur. Tiga warisan besar beliau tinggalkan: ribuan ulama, puluhan ribu santri, dan sekitar seribu lebih kelembagaan Nahdlatul Wathan yang tersebar di seluruh Indonesia dan mancanegara.

Beliau adalah ulama pewaris para nabi. Beliau sangat berjasa dalam mengubah masyarakat NTB dari keyakinan semula yang mayoritas animisme, dan dinamisme menuju masyarakat NTB yang islami. Buah perjuangan beliau jugalah yang menjadikan Pulau Lombok sehingga dijuluki Pulau Seribu Masjid. Karena di seluruh kampung di Lombok pasti kita temukan masjid untuk tempat ibadah dan acara sosial, baik yang berukuran kecil maupun besar.

Perjuangan beliau dalam menegakkan syiar Islam dan pendidikan dibumi Indonesia tidak boleh terhenti begitu saja, namun harus terus di lanjutkan oleh siapa saja, baik umat muslim Indonesia secara keseluruhan dan masyarakat Sasak pada umumnya, maupun oleh kader-kader Nahdlatul Wathan yang telah di didik melalui lembaga-lembaga pendidikan Nahdlatul Wathan serta seluruh warga Nahdlatul Wathan (abituren, pencinta dan simpatisan) pada khususnya.

Akhirnya, memperhatikan seluruh riwayat kelahiran, pendidikan, dan perjuangan Maulana Syaikh Zainuddin Abdul Madjid baik untuk masyarakatnya dan negaranya, sehingga tokoh-tokoh daerah setempat setuju dan berusaha memperjuangkan Beliau [5] agar bisa diangkat sebagai Pahlawan Nasional Perjuangan. Namun sayang seribu sayang, sampai hari ini saya belum mendengar pemerintah mengeluarkan SK untuk pengangkatan Beliau sebagai Pahlawan Nasional. Padahal, setiap ada kegiatan HULTAH (Hari Ulang Tahun organisasi NW ini) sudah sering kedatangan para pejabat dari pusat. Presiden SBY pun pernah datang ke Pancor ini sebelum jadi presiden. Pejabat lain yang pernah saya catat kedatangannya adalah: Yusril Ihza Mahendra, MS Ka’ban, Hatta Rajasa, Tifatul Sembiring, Hidayat Nurwachid, Nurmahmudi Ismail, Syafii Antonio, dll. 

Wallahua'lam bi al-Shawab



Blog | Blogger | Bloggist | Bloggerism:'BIKIN GOYANG'

March 4, 2014 · 0 comments


Siri 'Bikin Goyang' ini adalah episod yang menyaksikan betapa besarnya impak IT kepada pembangunan sahsiah hinggalah kepada pembangunan negara. Baru-baru ni kita menyaksikan satu episod yang mana seorang blogger telah diarahkan membayar saman kepada si penyaman oleh mahkamah. Begitu juga beberapa kes-kes yang sebelum ini.

Apa yang ingin disampaikan di sini bukanlah cerita berkenaan saman-saman tersebut. tetapi keperibadian serta etika seorang pengguna yang bebas atau konsep penggunaan ICT itu sendiri. Kita menyaksikan fasa-fasa kebangkitan yang sudah berlaku. Antara kebangkitan tersebut ialah peningkatkan pengguna-pengguna internet, perkhidmatan ICT yang semakin maju, kebanjiran gajet dan aplikasi dalam negara. Hiburan melimpah ruah dan menjana isi poket. Penggunaan yang maksimum oleh golongan remaja, dewasa, dan warga tua. Kebangkitan syarikat-syarikat perkhidmatan berasaskan IT. Industri komunikasi bernafas dalam peningkatan ini. Propaganda sosio dan antropologi berkembang baik, sekaligus menyaksikan pergerakan tamadun itu sendiri.

Publisiti sektor ekonomi dan sosial meningkatkan FDI serta kebanjiran aliran masuk pelancong. Melarat-larat sehingga dapat memberi impak kepada penyediaan pekerjaan dan dan indeks harga pengguna yang menjadi faktor nilai wang. Secara kasarnya, banyak sekali kesan positif pembangunan IT ini kepada kita semua.

Namun, tak tertinggal juga kesan-kesannya yang 'bikin goyang' satu dunia. Antaranya ialah mewujud medium tidak sihat dikalangan ahli-ahli politik, penganut-penganut agama, peminat-peminat dunia hiburan, sukan dan ekonomi.Secara tidak sedar, banyak blog atau page yang kurang sihat tumbuh bagai cendawan menggoyangkan banyak pihak. Entri yang mengeji, menghina, porno, dan mewujudkan persengketaan antara individu, puak, kaum, ras, bangsa, dan agama. Banyak blogger/ penulis gagal merencana diri sendiri dalam menggunakan medium ini dengan baik. Lihatlah kesannya kini, terlalu banyak jambatan kesefahaman telah runtuh, tiang-tiang akidah telah goyah, dan pelbagai cerita keperibadian menular dalam alam maya. Hasil dari nafsu natiqah dan qalbi yang mencorakkan penulisan yang hanya bertahta pada nafsu mereka.

mari kita menyeru para sobat, agar kita qiam dalam identiti dan tahqid yang terpuji dalam setiap tutur baris entri yang dipaparkan. Semoga di suatu masa nanti kesannya dapat mendidik generasi kita lebih memahami, lebih sensitif, lebih menghormati dan memiliki identiti sendiri tanpa menggoyangkan maruah orang lain, bangsa lain, agama lain dan kefahaman yang lain. 

Sekian.

Belum Ada Tajuk

March 2, 2014 · 0 comments


Bismillah, Salam buat semua, dah lama sangat menyepi dari membuat entri. Hari ini rasa nak menulis semula.



Setiap kali mahu makan, sudah menjadi tabiat penulis untuk mencari bahan bacaan. Sambil makan mesti membaca biarpun sedikit. Mungkin cebisan surat kabar, artikel, dan apa sahaja. Jika tak dapat membaca, terasa kekurangan semasa itu. Baru-baru ini penulis makan di sebuah restoran. Seperti biasa cuba mencari bahan bacaan. Sayangnya tuan kedai mengatakan beliau tidak membeli naskah berita atau lain-lainnya. Dan yang ada cuma senaskah majalah hiburan yang agak using bertarikh satu tahun yang lepas. Tidak menjadi masalah, janji dapat menemani semasa menjamu selera.



Muka depannya, kelihatan seorang artis cuba menayangkan tubuhnya yang munggil dengan pakaian yang sama sekali bukan melambangkan bangsa dan agamanya. Diselak muka-muka seterusnya. Hampir 90 peratus kandungan gambarnya membuka aurat wanita. Manakala kandungan artikelnya hanya meliputi gossip, kabar angin, cerita personaliti artis, dan lain-lain. Tidak menjadi hairan memandangkan ini adalah sebuah naskah hiburan. Cuma yang menjadi hairannya. Bagaimana organisasi penerbitan naskah tersebut boleh tidak sedar akan perkara yang dilakukannya itu? Kebiasaannya mana-mana naskah berbahasa Melayu terutamanya naskah hiburan yang mengempakkan isu/berita/cerita dunia hiburan melayu adalah berbangsa melayu dan beragama islam. Pengarah, editor, jurufoto, wartawan dan hampir 80 peratus dalam organisasi tersebut adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.



Hak masing-masing? Sebuah penerbitan mempunyai haknya yang tersendiri seperti merancangan kaedah mendapat rating pembaca/pembeli yang tinggi sekaligus meningkatkan margin keuntunggan ke atas bilangan pengeluaran naskah. Keuntungan bermakna rezeki setiap warga penerbitan termasuk rezeki anak isteri dan jesteru dapat memastikan ‘dapur terus berasap’. Bagaimana pula hak pembaca? Haus pada hiburan maka berhak berhibur. Berhak mendapat apa sahaja naskah yang dijual dengan wangnya sendiri.

Bagaimana pula dengan hak agama? Hukum? Tidak berdosakan mata yang melihat, mengambil fotonya, tukang edit, tukang cetak, tukang tulis dan lain-lain? Oh! Dosa pahala itu cerita lain. Itu cerita dengan Tuhannya. Dan yang tinggi sekali bagaimana pula hak Tuhan yang menuntut hambaNYA untuk berubudiah denganNYA? Menuntut hambaNYA mengenali mana yang Hak dan mana yang Batil. Seperti mana diseru berpegang pada Quran, Hadis dan Sunnah.





Jangan ditanya mengapa bahan bacaan ilmiah semakin kurang diterbitkan? Tahun 2011 pernah ada satu diskusi (disiarkan di satu program tv) berkaitan dengan penerbitan bahan ilmiah yang semakin merosot di Malaysia. Jawapannya, Bahan bacaan ilmiah kurang mendapat sambutan dikalangan pembaca, jadi penerbit akan mengalami risiko kerugian dalam perniagaan tersebut jika terus menerbitkan bahan bacaan ilmiah. Oleh itu mereka lebih cenderung menerbitkan naskah berbentuk hiburan yang mana kebanyakan manusia di bumi Malaysia ini lebih suka membeli dan membaca bahan berbentuk hiburan. Sangap pada bahan untuk berhibur.



Adakah berhibur itu salah? Tidak salah jika rohani dan jasmani kita tidak lalai dengan sang Pencipta. Taraf-taraf kita ini, sekiranya semasa solat pun ada yang menempah -‘wil’ apatah lagi semasa berhibur.



Sekian.



‘Bacalah, Dengan Nama Tuhanmu Yang Menjadikan’

(Artikel ini tiada berniat menyentuh pribadi/perasaan atau memalukan sesiapa)

MyFriends

Sharing & Caring

Demokrasi adalah Ateisme yang tidak terbatas. Demokrasi adalah hal yang buruk dan bentuk Ateisme yang tertinggi.

Leave Your Words