Related Posts with Thumbnails

Modenisasi Media: Tanda Kemusnahan @ Kebangkitan?

August 26, 2014 ·



'Modenisasi Media: Tanda Kemusnahan @ Kebangkitan?'

Pengenalan;

Bismillahirahmanirrahim. Skala kemodenan mungkin diukur dengan peningkatan KDNK, nilai mata wang, kadar pengangguran, kadar inflasi, deflasi, FDI dan lain-lain kaedah pengukuran ekonomi. Itu mengikut kemodenan dalam konteks ekonomi sesebuah Negara. Bagaimana pula dengan kemodenan itu kalau diukur dengan konteks tingkah laku, idealogi, sahsiah, akal, dan pelbagai tindakan dari sifat kemanusiaan?.

Petunjuk kemusnahan atau kebangkitan merujuk kepada pandangan masing-masing. Fokus utama adalah media. Media merangkumi kepelbagaian kewujudan berdasarkan objektifnya yang tertentu. Mengikut aliran sejarah, peringkat awal hanya media berbentuk lisan, kemudian beralih kepada media dalam bentuk percetakan. Aliran teknologi membantu inovasinya hingga lahir media dalam bentuk siaran (tv/radio). Dan kini media elektronik menguasai jari-jari dan minda-minda manusia. Media Massa dan Media Elektronik adalah istilah yang lebih tepat mengikut bahasa bukunya. 

Moh kita menyelusuri sedikit perkembangannya ke atas tingkah laku manusia terutama kepada masyarakat kita di Malaysia. Kefahaman ini hanyalah nukilan dan bukannya fakta dari mana-mana sumber ilmiah atau propaganda mana-mana idealogi.


1) Media Berbentuk Lisan
Penyampaian berita atau ceritera melalui lisan digunakan oleh tamadun awal masyarakat kita di Negara ini. Segala pergerakan dan kejadian direkodkan melalui ingatan dan lisan. Media ini mempunyai nilai positif dan negatifnya. Walaubagaimana pun, objektif utamanya adalah untuk menyampaikan berita, cerita, propaganda, penyebaran pengaruh, penyebaran kefahaman agama, dan pelbagai lagi.

Ini dapat dikenangkan melalui sejarah-sejarah awal ketamadunan kita yang mana cerita-cerita epik, dongeng, kisah raja-raja, salasilah, penyebaran agama, dan penyebaran propaganda pemerintah pada masa itu. Namun terdapat juga bantuan dari sistem penulisan yang menyokong cerita atau propaganda tersebut seperti naskah Sulalatus Salatin, dan beberapa kitab agama. Media ini menjadi platform menyatakan keinginan dan kemahuan suatu pihak, kebiasaannya dipelopori oleh golongan-golongan tertentu. Hanya dengan medium ini ia mampu melakukan inovasi dan revolusi ketamadunan yang sekarang ini kita masih dapat kesan-kesan peninggalannya. Antaranya, cerita-cerita dongeng, lagu lagu rakyat, peristiwa-peristiwa, sejarah-sejarah kerajaan nusantara dan lain-lain.
Daripada perkembangan media ini pada masa itu tidak banyak pro dan kontranya. Pihak yang berkuasa dan berpengetahuan menguasai sumber berita serta kandungan berita dan penerima berita kebanyakannya hanya menerima bulat-bulat. 

Bersambung...





Pesanan: Mohon membaca dalam kefahaman yang ‘cuba memahami serta berkongsi, dan bukannya mencari khilaf’ kerana tulisan ini hanyalah dari pendapat dan pemerhatian umum. Tulisan ini juga gagal memenuhi tatabahasa yang betul dan sedikit berunsur metafora dan klise. Sebarang kekhilafan dan kesalahan mohon dimaafkan. Penulis tidak bertanggungjawab atas pertelingkahan dan kekhilafan. Segalanya mengikut bentuk kefahaman akal dan nafsu pembaca yang tersendiri. Penulis adalah seorang insan yang daif dan naif.

0 comments:

MyFriends

Sharing & Caring

Demokrasi adalah Ateisme yang tidak terbatas. Demokrasi adalah hal yang buruk dan bentuk Ateisme yang tertinggi.

Leave Your Words