Related Posts with Thumbnails

Belum Ada Tajuk

March 2, 2014 ·


Bismillah, Salam buat semua, dah lama sangat menyepi dari membuat entri. Hari ini rasa nak menulis semula.



Setiap kali mahu makan, sudah menjadi tabiat penulis untuk mencari bahan bacaan. Sambil makan mesti membaca biarpun sedikit. Mungkin cebisan surat kabar, artikel, dan apa sahaja. Jika tak dapat membaca, terasa kekurangan semasa itu. Baru-baru ini penulis makan di sebuah restoran. Seperti biasa cuba mencari bahan bacaan. Sayangnya tuan kedai mengatakan beliau tidak membeli naskah berita atau lain-lainnya. Dan yang ada cuma senaskah majalah hiburan yang agak using bertarikh satu tahun yang lepas. Tidak menjadi masalah, janji dapat menemani semasa menjamu selera.



Muka depannya, kelihatan seorang artis cuba menayangkan tubuhnya yang munggil dengan pakaian yang sama sekali bukan melambangkan bangsa dan agamanya. Diselak muka-muka seterusnya. Hampir 90 peratus kandungan gambarnya membuka aurat wanita. Manakala kandungan artikelnya hanya meliputi gossip, kabar angin, cerita personaliti artis, dan lain-lain. Tidak menjadi hairan memandangkan ini adalah sebuah naskah hiburan. Cuma yang menjadi hairannya. Bagaimana organisasi penerbitan naskah tersebut boleh tidak sedar akan perkara yang dilakukannya itu? Kebiasaannya mana-mana naskah berbahasa Melayu terutamanya naskah hiburan yang mengempakkan isu/berita/cerita dunia hiburan melayu adalah berbangsa melayu dan beragama islam. Pengarah, editor, jurufoto, wartawan dan hampir 80 peratus dalam organisasi tersebut adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.



Hak masing-masing? Sebuah penerbitan mempunyai haknya yang tersendiri seperti merancangan kaedah mendapat rating pembaca/pembeli yang tinggi sekaligus meningkatkan margin keuntunggan ke atas bilangan pengeluaran naskah. Keuntungan bermakna rezeki setiap warga penerbitan termasuk rezeki anak isteri dan jesteru dapat memastikan ‘dapur terus berasap’. Bagaimana pula hak pembaca? Haus pada hiburan maka berhak berhibur. Berhak mendapat apa sahaja naskah yang dijual dengan wangnya sendiri.

Bagaimana pula dengan hak agama? Hukum? Tidak berdosakan mata yang melihat, mengambil fotonya, tukang edit, tukang cetak, tukang tulis dan lain-lain? Oh! Dosa pahala itu cerita lain. Itu cerita dengan Tuhannya. Dan yang tinggi sekali bagaimana pula hak Tuhan yang menuntut hambaNYA untuk berubudiah denganNYA? Menuntut hambaNYA mengenali mana yang Hak dan mana yang Batil. Seperti mana diseru berpegang pada Quran, Hadis dan Sunnah.





Jangan ditanya mengapa bahan bacaan ilmiah semakin kurang diterbitkan? Tahun 2011 pernah ada satu diskusi (disiarkan di satu program tv) berkaitan dengan penerbitan bahan ilmiah yang semakin merosot di Malaysia. Jawapannya, Bahan bacaan ilmiah kurang mendapat sambutan dikalangan pembaca, jadi penerbit akan mengalami risiko kerugian dalam perniagaan tersebut jika terus menerbitkan bahan bacaan ilmiah. Oleh itu mereka lebih cenderung menerbitkan naskah berbentuk hiburan yang mana kebanyakan manusia di bumi Malaysia ini lebih suka membeli dan membaca bahan berbentuk hiburan. Sangap pada bahan untuk berhibur.



Adakah berhibur itu salah? Tidak salah jika rohani dan jasmani kita tidak lalai dengan sang Pencipta. Taraf-taraf kita ini, sekiranya semasa solat pun ada yang menempah -‘wil’ apatah lagi semasa berhibur.



Sekian.



‘Bacalah, Dengan Nama Tuhanmu Yang Menjadikan’

(Artikel ini tiada berniat menyentuh pribadi/perasaan atau memalukan sesiapa)

0 comments:

MyFriends

Sharing & Caring

Demokrasi adalah Ateisme yang tidak terbatas. Demokrasi adalah hal yang buruk dan bentuk Ateisme yang tertinggi.

Leave Your Words