Related Posts with Thumbnails

Emmanuel Carasso vs Uthmaniah

January 4, 2015 ·
Salam, Menyelinap seketika untuk mengingatkan semula sebuah kisah yang mungkin tidak ramai yang tahu ataupun dikaburi ataupun diselindungkan agar ia tidak diwar-warkan sebagaimana cerita-cerita tokoh-tokoh siasah, tokoh muzik hollywood, bollywood atau pun artis-artis masa kini. Berkemungkinan kejadian ini merupakan satu kifarah daripada kesalahan/perbuatan mereka-mereka pada zaman itu sehingga tamadun itu musnah sama sekali namun, kesannya amat besar kepada kita semua terutamanya umat Islam khasnya.  

Sudah menjadi lumrah keruntuhan suatu tamadun itu berpunca daripada sikap atau perbuatan warga tamadun yang tersebut. Kerakusan terhadap harta, kuasa, dan pelbagai lagi faktor menyebabkan suatu tamadun itu runtuh, seperti mana tamadun babylon, parsi, mesopotamia dan banyak lagi. Kerajaan Uthmaniah, menjadi sejarah keagungan tamadun Islam dari timur ke barat. Namun, janji Allah itu benar, mana-mana yang ingkar sudah pasti akan menerima balasannya. Ottomaniah gugur sebagai sebuah negara bangsa yang hampir hilang dari minda dan ingatan umat Islam kini. Tidak ramai warga kita yang tahu masakini kerana media kita sudah terlalu moden.

Siapakah Khalifah Islam yang terakhir? Soalan ini tiada di dalam mana-mana silibus pendidikan sekarang. Sultan Abd. Hamid II, Khalifah Islam yang ke-98 merupakan yang terakhir di dalam salasilah siasah daripada As-Saidina Abu Bakar as-siddiq. Persoalannya dimanakah sejarahnya kini? dan apakah kita mengambil ikhtibar? mengambil tahu? dan apakah kesannya terhadap kita? atau terus leka dengan media yang mendominasi gaya hidup kita.

Sultan Abdul Hamid II
Abd Al-Hamid II Khan Ghazi, Abdu’l-Ḥamid-i sani, Ulul Hakan (Khan Besar) atau Sultan Merah (Kizil Sultan),  (21/22 September 1842  – 10 Februari 1918)anak kepada Sultan Abdul-Medjid dan Tirimujgan adalah sultan ke-34 bagi Empayar Uthmaniyyah selepas saudaranya Murad V digulingkan oleh Reformasi Liberal yang diketuai oleh Midhat Pasha. Pemerintah mutlak Empayar Uthmaniah bermula pada 31 Ogos, 1876 sehingga 27 April, 1909. 


Dengan kronologi kejatuhan yang sungguh memilukan, tekanan Liberalisasi pimpinan Midhat Pasha menyebabkan saudaranya digulingkan. Dan baginda mengambil takhta. Di bawah pemerintahan beliau, tekanan terus diberikan oleh golongan hipokrit liberilisasi. Sehinggalah peristiwa Theodor Herzl dibawah naungan British dan Yahudi berusaha untuk mendapatkan tanah Palestin untuk penempatan Yahudi dilaksanakan. Usaha penerokaan haram tersebut ditentang sekeras-kerasnya oleh baginda. Berlangsunglah satu usaha meruntuhkan Uthmaniah secara besar-besaran dengan menerapkan unsur liberal serta memusnahkan pegangan, kesetiaan dan kepatuhan warga Uthmaniah dengan sogokan kuasa, harta dan pelbagai lagi ganjaran. 


Emmanuel Carasso atau Emanuel Karasu (Salonica, 1862 - Trieste 1934) adalah seorang peguam dan ahli terkemuka keluarga Yahudi Sephardic Carasso di Salonica Uthmaniyyah (kini Thessaloniki, Greece). Dia adalah seorang ahli organisasi terkemuka 'Turki Young'. Nama ini juga dieja Karaso, Karassu, dan Karasso. Bentuk Karasu adalah Turkification namanya, bermaksud literal 'air hitam'. Karasu adalah ahli (sesetengah sumber mengatakan pengasas) dan Presiden daripada lodge Macedonia Risorta Masonic di Thessaloniki dan mempelopori gerakan berkenaan dengan pertubuhan rahsia dalam Empayar Uthmaniyyah. Lodge Masonic dan kongsi gelap lain di Salonica dan Turki, termasuk Talat Pasha Karasu adalah salah satu daripada ahli-ahli bukan Islam pertama Kebebasan Persatuan Uthmaniyyah, yang kemudiannya menjadi sebahagian daripada Jawatankuasa Kesatuan dan Kemajuan (CUP); apabila CUP mula berkuasa, beliau menjadi Timbalan Salonica di Parlimen Uthmaniyyah. Beliau telah ditawarkan pelbagai jawatan dalam kerajaan Uthmaniyyah, tetapi menyerahkan mereka ke bawah. Karasu adalah salah satu daripada tiga lelaki yang memberitahu Sultan Abdülhamit II pemendapan pada bulan April 1909. Beliau bekerja untuk kerjasama pelbagai pertubuhan Yahudi di Turki, dan menegaskan bahawa Yahudi adalah bangsa Turki Turki pertama dan kedua orang Yahudi. Beliau merupakan seorang ahli jawatankuasa yang dirundingkan perjanjian yang berakhir Perang Italo-Turki dan jawatankuasa itu untuk menaik taraf bandar Salonika. Akhirnya ia kehilangan kuasa bawah Kamal dan hidup dalam buangan di Itali. beliau meninggal dunia pada tahun 1934, dan dikebumikan di tanah perkuburan Yahudi di Arnavutkoy, Istanbul. Beliau adalah bapa saudara kepada Ishak Carasso, pengasas Groupe Danone. 




Revolusi adalah cara terbaik menjatuhkan Empayar Kesultanan Islam mengikut sistem Khalifah. Musuh membangkitkan semangat liberal dikalangan warga sehinggalah wujudnya sistem baharu - Republikan di Uthmaniah. Pada 3 Mac 1922, tarikh paling pilu buat umat Muhammad. Secara terang, dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara. Dan Kamal telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. 

Bersambung...





0 comments:

MyFriends

Sharing & Caring

Demokrasi adalah Ateisme yang tidak terbatas. Demokrasi adalah hal yang buruk dan bentuk Ateisme yang tertinggi.

Leave Your Words