Related Posts with Thumbnails

MENGEJAR PELANGI DI BALIK GELOMBANG

December 3, 2009 ·
Bagi Menghargai Anak Watan Indonesia Fazham Fadlil dengan usahanya, kita berkongsi pengalaman beliau yang penuh dengan semangat, cerita dan falsafah. Sebuah Buku dari kisah benar yang bertajuk; Mengejar Pelangi Di Balik Gelombang. Ini merupakan sebuah kisah pelayaran seorang Rakyat Indonesia seorang diri menggunakan perahu layar. Dikarang sendiri oleh beliau. Dicetak di Pekanbaru, Riau Indonesia sebanyak 242 mukasurat. Beliau ialah Fazham Fadlil.

Dalam buku inilah dia mengisahkan perjalanannya. Penulis akui bahawa penulisan buku ini merupakan kekangan tersendiri karana tidak biasa menulis. Selain masalah teknik, yang dihadapi penulis adalah kepribadiannya yang agak tertutup. Tulisan ini tidak lepas dari impian masa kecil penulis untuk dia berlayar ke tempat-tempat yang jauh. Dari tempatnya berasal, Pulau Buluh di Kepulauan Riau, dia selalu menatap ke arah pulau yang ada di depan pulau tempatnya tinggal. Ia membayangkan, apa yang ada di balik pulau itu, dan juga pulau-pulau lainnya. Rasa ingin tahu itulah yang mendorongnya untuk mengarungi laut dan mengunjungi pulau-pulau yang sebahagian besar yang tidak berpenghuni itu. Rasa ingin tahu itu juga telah mendorongnya untuk pergi dari kampung halaman, dan merantau ke luar negeri selama puluhan tahun. Puluhan negara telah dikunjunginya, dan sebagian ditempuhnya dengan menggunakan perahu layar seorang diri.


Sinopsis
Hampir 20 Tahun tinggal di New York, Amerika Syarikat. Beliau mengejar impiannya untuk belayar seorang diri dan pulang ke kampung halamannya di Riau, Indonesia. 20 Disember 1992, Musim Dingin beliau meninggalkan Pelabuhan New York menuju ke Indonesia dengan perahu layarnya. Badai Samudera Atlantik mematahkan impiannya dan kembali ke New York. Setelah 6 Bulan kemudian, Beliau berangkat lagi sekali dengan impian yang sama. Seorang diri...

Ikuti kisahnya dalam Mengejar Pelangi Di Balik Gelombang.

Bersambung.....




(Regards for Mr. Fazham Fadlil & Indonesians) 

Dan lepas baca jangan lupa bagi Satu Kali Klik untuk 
Terima Kasih!

0 comments:

MyFriends

Sharing & Caring

Demokrasi adalah Ateisme yang tidak terbatas. Demokrasi adalah hal yang buruk dan bentuk Ateisme yang tertinggi.

Leave Your Words