JENIS-JENIS
Kita masuk jenis-jenis dadah ni pulak. Narkoba/Dadah/Naza ni dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu, 1) Narkotika 2) Psikotropika 3) Zat Adiktif Lain. Kita mulakan dengan Kumpulan 1(Narkotika); Ada tiga bentuk utama iaitu (i) Alamiah (Cacain, Marijuana dan Opiate)/ (ii) Semisintetik (Heroin, Morfin dan Codein)/ dan (iii) Sintetik (Metadon & Petidin).
NARKOTIKA
Golongan narkotika ialah Opiat, Marijuana, dan Cocain. Opiat atau nama lain dia, Candu, Opium, Morfin, Skag, Junk, Putauw, Pete Smack, Tar & Tiger. berasal dari tanaman Papaver Sominiferum L. (Popi) Nama glamor dalam betuk sintetiknya ialah Heroin ; kandungan euphoria (perasaan enak/gembira melampau) yang kuat dan lama. Herion disentesis dari dua molekul morfin (diasetil morfin) dan kesannya wow!! sepuluh kali ganda lebih kuat dari morfin. Bentuk macam habuk, bewarna putih hingga ke coklat tua serta rasanya pahit. Bentuk aktifnya ialah Morfin. Kesan penggunaannya, morfin digunakan untuk mengurangi rasa sakit yang kuat dan penggunaannya diawasi dengan ketat (dalam bidang perubatan). Manakala heroin pula mempunyai potensi yang kuat untuk menimbulkan adiksi hingga tidak pernah digunakan dalam bidang perubatan. kesan yang diharapkan oleh pengguna ialah ingin mencapai rasa lebih baik, terbuai atau fly.
Cara penggunaannya, disuntik secara langsung ke pembuluh darah utama (mainlining) atau bawah kulit (skinpopping). Juga dengan cara merokok. Gejala penggunaan/kebergantunganny; penggunaan berulang menyebabkan peningkatan toleransi hingga memerlukan dos yang tinggi dan akhirnya ketagihan. Kesan terhadap susunan saraf pusat ialah analgesik (hilang rasa sakit), euphoria, apatis, mengantuk, hilang daya ingatan & perhatian, mata merah serta berair/pilek, mudah berpeluh, mual/anoreksia, menggigil serta gangguan perilaku. Contoh gejala keracunan opiate ialah koma, depresi penafasan dan pupil mata mengecil (miosis)..
Nanti bersambung tentang marijuana/ganja/canabis sativa pulak...sekian
0 comments:
Post a Comment