Assalamualikum. Menyahut & menyokong Dakwah@Anak Pahang Blogger, Post ini menjelaskan pembahagian Jenis-Jenis Air mengikut hukum secara ringkas. Post ini menerangkan secara ringkas sahaja, jika ingin lebih, bolehlah rujuk kepada yang ahli dan bertanggungjawab.
Jika hendak dihuraikan berkenaan dengan air sahaja memang panjang lebar kupasannya mengikut furu atau cabang-cabang ilmunya dalam Islam ni. Jadi kita ambil sedikit daripadanya sekadar pengetahuan bagi kita.
Air boleh dibahagikan kepada tiga iaitu
1. Air yang suci dan boleh menyucikan benda lain.
Bahagian ini membincangkan dua jenis air iaitu Air Mutlak dan Air Musyammas. (a) Air Mutlak merupakan air yang suci lagi menyucikan ialah air mutlak yang kekal dengan sifat asal kejadiannya yang telah dijadikan oleh Allah s.w.t. dan ia dikatakan air mutlak walaupun ia sudah berubah disebabkan lama terbiar , disebabkan tanah, lumut dan tempat bertakung atau tempat mengalirnya mengandungi belerang atau yang bersifat semulajadi pembolehubahnya. Ini kerana air itu sukar untuk dielakkan daripada perkara tersebut.
Ia juga merupakan air yang disambut dengan tidak berqaid dengan sesuatu, iaitu tujuh jenis air.
1.Air hujan
2.Air laut
3.Air sungai
4.Air Telaga
5.Air mata air
7.Air salji
Cukup sukatan atau timbangan air itu dua kolah maka ia tidak menjadi najis oleh sesuatu melainkan apabila berubah warnanya atau rasanya atau baunya. Kurang dari dua kolah menjadi najis apabila jatuh najis ke dalamnya jikalau tidak berubah warna,bau atau rasanya sekalipun.
Qaid pada air itu dua bahagian
(1) Qaid lazim,iaitu qaid yang tidak bercerai.Apabila disebutkan air nescaya disebut akan dia; seperti air tawar, air tebu,air kopi.
(2) Qaid Terurai, iaitu qaid yang bercerai,yang tidak lazim bagi air, seperti air hujan,air sungai,air perigi,maka ini semua adalah mutlak.
1.Air hujan
2.Air laut
3.Air sungai
4.Air Telaga
5.Air mata air
7.Air salji
Cukup sukatan atau timbangan air itu dua kolah maka ia tidak menjadi najis oleh sesuatu melainkan apabila berubah warnanya atau rasanya atau baunya. Kurang dari dua kolah menjadi najis apabila jatuh najis ke dalamnya jikalau tidak berubah warna,bau atau rasanya sekalipun.
Qaid pada air itu dua bahagian
(1) Qaid lazim,iaitu qaid yang tidak bercerai.Apabila disebutkan air nescaya disebut akan dia; seperti air tawar, air tebu,air kopi.
(2) Qaid Terurai, iaitu qaid yang bercerai,yang tidak lazim bagi air, seperti air hujan,air sungai,air perigi,maka ini semua adalah mutlak.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Daripada Abu Hurairah r.a.h. katanya , seorang Badwi berdiri lalu terkencing di dalam masjid, kemudian para sahabat pergi mencegahnya . Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, biarkan dia dan curahkanlah di atas air kencingnya setimba air . Sesungguhnya kamu disuruh untuk mempermudahkan bukan menyusahkan" .
"Daripada Abu Hurairah r.a.h. katanya , seorang Badwi berdiri lalu terkencing di dalam masjid, kemudian para sahabat pergi mencegahnya . Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, biarkan dia dan curahkanlah di atas air kencingnya setimba air . Sesungguhnya kamu disuruh untuk mempermudahkan bukan menyusahkan" .
Rasulullah s.a.w. meminta supaya menjiruskan air ke tempat air kencing tersebut adalah dalil yang menunjukkan bahawa air tersebut mempunyai sifat menyucikan.
(b) Air Musyammas merupakan air yang suci lagi menyucikan bagaimanapun, makruh menggunakannya. Selain itu ia merupakan air yang suci lagi menyucikan yang lain tetapi makruh digunakan pada tubuh badan tidak pada pakaian. Air Musyammas juga bermaksud air yang panas yang terdedah kepada cahaya matahari iaitu pada negeri-negeri yang beriklim panas yang mana ia boleh mendatangkan karat pada logam (seperti besi, tin dan lain-lain) yang mana ia memberi mudharat apabila terkena kulit atau anggota/tubuh badan menyebabkan ianya mudarat seperti terkena penyakit sopak, kusta dan sebagainya. Sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud :
"Dari Aisyah sesungguhnya ia telah memanaskan air pada cahaya matahari maka telah bersabda Rasullah s.a.w kepadanya janganlah engkau berbuat demikian wahai Aisyah sesungguhnya air yang dijemur itu dapat menimbulkan penyakit sopak." (Riwayat Baihaqi)
2. Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan benda lain.
Air ini terbahagi kepada dua iaitu (a) Air Musta'amal yakni air yang suci pada dirinya tetapi tidak menyucikan yang lain. Maksudnya dengan perkataan air itu boleh diminum tetapi tidak sah dipakai untuk menyucikan sesuatu. Contohnya; dikatakan air Musta'amal pada mengangkatkan hadas ialah basuh kali yang pertama pada mandi atau wudhu' yang wajib dan sudah bercerai daripada anggota. Yang dikatakan air Musta'amal pada menghilangkan najis iaitu jika air itu tidak berubah dan tidak bertambah. Air daripada pohon/pokok-pokok dan air buah-buahan seperti daripada pucuk kelapa yang dibuat nira atau akar-akar kayu.
Perubahan air itu pada dua kaedah:
(1)Berubah dengan Taqdiri - iaitu air yang berubah hanya pada Taqdir sahaja yang tidak dapat dilihat akan perubahannya.(2)Berubah dengan Hissi - iaitu berubah air itu dengan sesuatu yang dapat dilihat akan perubahannya.
Kaedah mentaqdirkan hukum air yang bercampur dengan sesuatu yang sama rupanya dengan seperti air mawar yang telah hilang bau, rasa dan warnanya. Pada bau hendaklah ditaqdirkan dengan bau kemenyan Arab. Pada rasa hendaklah ditaqdirkan dengan rasa delima. Pada warna hendaklah ditaqdirkan dengan warna anggur.
Jika berubah dengan taqdir ini maka hukumnya air musta'amal dan jika tidak berubah dengan taqdir ini maka hukumnya air mutlak.
Air yang bercampur itu ada dua kaedah:
(1) Majawir : iaitu air yang berubah dengan sebab termasuk di dalamnya dengan sesuatu yang dapat dipisahkan daripada air, contohnya sebuah baldi yang penuh dengan air termasuk di dalamnya sebatang kayu cendana dan kayu itu boleh dipisahkan daripada air tersebut, maka hukum air itu ialah air mutlak. (2) Mukhalit iaitu benda yang masuk ke dalam air itu tidak dapat dipisahkan daripada air, contohnya sebuah baldi yang penuh dengan air maka termasuk ke dalamnya nila maka dihukumnya air Musta'amal.
(b) Air Muqayyad:
Merupakan air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya (warna, rasa dan bau) menyebabkan ia tidak dipanggil air mutlak lagi seperti air yang dicampur dengan madu, sirap, oren dan lain-lain.
3. Air yang najis atau mutanajjis - air yang terkena benda najis.
Air ini terbahagi kepada dua, iaitu (a) Air yang sukatannya kurang dari dua kolah dan terkena benda najis kecuali yang dimaafkan, sama ada berubah sifat (warna, rasa dan bau) atau tidak. (b) Air yang sukatannya lebih dari dua kolah dan berubah sifat (warna, rasa dan bau) sama ada perubahan itu sedikit atau banyak.
Yang dikatakan dua kolah itu ialah; Disukat dengan ukuran tempat empat persegi(ukuran tinggi 1 ¼ hasta dan ukuran lebar tiap-tiap segi itu 1 ¼ hasta juga), maka air dua kolah itu memerlukan tempat yang berukuran 60 x 60 cm, Jika bekas itu bulat maka ukuran tinggi 2 ½ hasta dan ukuran lebar bulatannya satu hasta. atau Disukat dengan tin (lebih kurang saiz tin minyak tanah), maka air dua kolah itu adalah sebanyak 9 2/3 tin atau Disukat dengan timbangan, maka berat air dua kolah itu adalah seberat 162.72 kg.
Sekian aje dari saya. Jika ada yang tersalah sila perbetulkan dan anggaplah penulisan yang asal itu salah serta pembetulan itu adalah betul.
Kembali ke Muka Depan
3 comments:
SALAM..
Terima kasih..perkongsian
yang banyak menafaat..
teringat zmn belajar dulu.
Syabas!! buat n3 bermanfaat ni:-)
As salam...
Tima kasih kerana mengingatkan
kami yg lupa nih...
Post a Comment