Related Posts with Thumbnails

Kad Pengenalan Dah Rosak

November 29, 2010 ·
Salam, Kali nih nok bercerite skit pasai kad pengenalan (ic). Aritu ada pegi Maybank. Slesai berurusan dengan Auto teller tetiba teringat nok tukar kad ATM. Maklumlah, kad ATM tu dah terbeloh dalam 1cm lebih dh, tp buleh guna lagi. Pegi la kaunter pertanyaan.

 Segan ngat nok tunjuk ke orang taim nok berurusan.

 Ye ke IC nih?

Diri sendiri: Kak! Nok tanye skit. Kala buat kad baru brapa lama? Kad keh ni dah uzur ngat dah. (sambil tunjukkan kad yang daif tu)

Kak: Boleh siap terus, sila bagi IC

Diri sendri: Nah, tapi IC teruk ngat nih.

Kak: Loh! Mat ye teruk ngat nih? Cip dia  boleh pakai lagi tak?

Diri sendri: Ntah la kak, xpernoh try pakai cip dia sebab takde urusan menggunakan cip dia tu.

Kak: Tak boleh guna dah ni. Aok kala nok buat kad ATM baru ganti kad lama tu kena buat IC baru dulu la.

Diri sendri: Ok lah kak terima kasih (dengan muka yang konyo)

IC keh ni sebenornya bukannya pakai beria sangat. Jarang-jarang sekali je keluornya. Taim kena tahan polis ngan JPJ je. Itu pun setahun 2-3 kali je. Pastu tu taim nok potosetit je. Nok kata lasok ngat de la pulak, kala masuk utan, kebun, ke sungai tu tak de la nok bawok IC.  Mana silapnya ntah la.

Dah la proses nak mendapatkan IC baru ni banyok sangat rintangannya. Kena amik cuti atau keje separuh hari sebab Bandar jauh. Itu pun kalau orang tak ramai. Kalau ramai, postpone lagi-cuti lagi. Pepaleh weh!

Kena tunggu IC siap pun amik masa lama juga, koman-koman sebulan. Memang ada yang boleh siap awal itu pun kalau kita ni VVIP la. Tak pun kalau takde masalah je. Takkan nok pegi Putrajaya nok buat IC sedangkan  mana-mana daeroh ada Pejabat pendaftaran.

kala pakai Surat IC Sementara pulak, bermasalah bila hendak berurusan rasmi. Takde ye JPJ nak guna salinan tuh, pernoh dah kene dia suruh tunggu IC siap dulu (pengalaman lepas) itu belum urusan dengan Bank, isi borang itu ini, kala temuduga memang kena perli la dan lain-lain.

Baru-baru nih ade terbaca dalam akhbar satu artikel keluhan seorang surirumah yang rosak IC nih. Mengikut rekod lebih 300,000 kes kerosakan setakat ini telah direkodkan. Yang menjadi bebannya adalah pengguna. Yakni semua rakyat Malaysia. Katanya; dia letok dalam handbag je, jarang-jarang pakai pun rosak juga (cip dan kulit luarnya yang mudah mengelupas/lekang). Marah ngat dia. Katanya lagi; Memandangkan kita ni nak menuju Negara Maju tapi kualiti IC kita teruk ngat..goneh gayanya. Mycard/ Kad Pintar dan lain-lain system sekuriti di perkenalkan tapi kualitinya masih teruk. Siapa yang menanggung kelemahannya? Pengguna lah. Jika kos menggantikan IC tu bernilai RM1 sudah pasti lebih RM300K terbeban atas kepala Rakyat. Itu baru kira RM1. Dia ada menyarankan agar kerajaan mencari penyelesaian dengan Pembuat/vendor IC tu berkait dengan Kualiti IC yang koman ini. Nok kira-kira pun hampir 10 tahun juga kita pakai IC warna Biru ni…memang banyok masalah kerosakan takkan la kerajaan diam kan aje. Mesti dah amik tindakan punya…kita tunggu jelah…& sediakan duitnya..hehe kena juga goneh gaya pun.

Keh nok tukor IC bulan depan nih…terlebih uzur dah.



9 comments:

faeizx said...
November 29, 2010 at 8:39 PM  

ic lame lagi bgus..xpatah2..haha

Anonymous said...
November 29, 2010 at 8:49 PM  

hahaha.. comel IC tu.. XD sya punya dlu terbelah kat tengah.. pastu guna gam gajah utk lekat balik.. XD

Cik SHiNJU said...
November 29, 2010 at 9:01 PM  

Salam...

Koi nye ic nmpak mcm dh nak lekang gek pastik balut dia ter..Bukan guna sgt gek pun..Dok dlm wallet jek.. :@

SkreMpes! said...
November 29, 2010 at 9:21 PM  

IC laminate dlm kenangan. tp ok la

RakunDownload said...
November 29, 2010 at 10:02 PM  

mykad aku pom cam tu jugak tebelah, tapi aku dah gam kan...

sha said...
November 29, 2010 at 10:14 PM  

Kawan punye ok lagih...tak bawak gi norih..

Aku Anak Pahang said...
November 30, 2010 at 7:26 AM  

Salam rodong kala pasepet rosok buat aje baru jgn hileng sudah seratus weh hehehe :)

Jom Singgah "Segalanya disini suka duka sebuah kehidupan - akuanakpahang"

zulkbo said...
November 30, 2010 at 12:32 PM  

salam..
nape tak tukor baru je..
buat di putrajaya kabornya
cepat siap..seminggu je kut..?

Anonymous said...
December 4, 2010 at 5:06 AM  

Terima kasih atas posting ini, cukup membantu dan mengatakan banyak

MyFriends

Sharing & Caring

Demokrasi adalah Ateisme yang tidak terbatas. Demokrasi adalah hal yang buruk dan bentuk Ateisme yang tertinggi.

Leave Your Words