Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum sekalian muslim dan muslimat. Bulan yang baik ini, tuan punya diri memohon maaf kepada sekalian ummat Muhammad. Dihalalkan sekalian perbuatan zahir dan batin. Selamat menyambut Ramadhan yang mulia.
Andaiku tahu | Ramli Sarip
Andai ku tahu
Bila tiba ajal ku
ku akan memohon
tuhan tolong panjangkan umur ku
Andai ku tahu
Bila tiba masa ku
ku akan memohon
tuhan jangan kau ambil nyawa ku
Aku takut akan semua dosa-dosa ku
aku takut dosa yang terus membayangi ku
andai ku tahu
malikat Mu kan menjemput ku
izinkan ku mengucap
kata taubat pada Mu
aku takut akan semua dosa-dosa ku
aku takut dosa yang terus membayangi ku
ampuni aku dari segala dosa-dosa ku
ampuni aku menangis aku bertaubat pada Mu
aku manusia yang takut neraka
namun aku juga tak layak di syurga
bila ku tahu bilakan tiba ajal ku
izinkan ku mengucap kata taubat pada Mu
aku takut akan semua dosa-dosa ku
aku takut dosa yang terus membayangi ku
ampuni aku dari segala dosa-dosa ku
ampuni aku menangis aku bertaubat pada Mu
Aku takut...
aku takut...
aku takut...
akan dosa-dosaku
ampunilah aku...
ampunilah aku...
ampunilah aku...
akan dosa-dosaku
Aku takut...
aku takut...
aku takut...
akan dosa-dosaku
5 comments:
salam..
lagu ni..mmmg penuh
keinsafan maksudnya..
semoga kita pergi dlm husnul khatimah!
salam ziarah
maaf,dari awal2 lagu ini keluar.sy kurang setuju dgn liriknya.perkataan andai l/kurang maksud jika/kalau dsb.(umpama tidak redho,nyawa di ambil tanpa memberitahu dirinya,kerana ingin bertaubat dulu).umpama menunggu maut di halkum baru menyedari dosa2 yg dilakukan.umpama firaun yg melafaz kata taubat disaat nyawanya ingin dicabut.baru bersaksi Allah itu tuhannya.
-hanya pendapat sy setelah membaca bait2 itu.
Bismillahirahmanirrahim.
Terima kasih sahabat kerana sudi berkongsi pendapat. saya bersetuju juga dgn pendapat sahabat tu. pada pendapat saya pada mulanya begitu juga. tapi setelah difikir2kan, ia tak semestinya begitu. 'andai/jika' dsb, tak semestinya bermaksud seperti yg sahabat nyatakan. Ini pula pendapat saya. Pada saya, Itu cuma dari aspek bahasa sahaja. yang penting bila saya mendengar lagu (yg tak melalaikan)itu, perlulah saya fahamkan maksud yg hendak disampaikan mengikut kefahaman saya dengan tidak memesongkan Hati dan tidak menimbulkan was2 dalam mengIsbatkanNya. Itu cuma bentuk hiburan yang nyata saja, tiada apa pun. saya menerima komen sahabat & percaya itu adalah penerimaan & kefahaman sahabat. saya hormati.
Segalanya dari Allah jua, Bahasa mahupun ilham & segalanya. Yang penting Hati yg selalu Ingat akan DIA. Terima kasih sahabat.
salam ramadhan buat sahabat.semoga thn ini lbh baik dr thn sebelumnya.maaf,sy tidak berniat menyinggung @ memberi pilihan mana yg boleh @ tidak.cuma pendapat peribadi kerana sy juga mendengar lagu bercorak demikian.cuma lirik ini yg membuat sy berfikir sejenak.terima kasih kembali
Post a Comment