Bismillahirahmanirrahim.
Asal bulan pose je, merebas orang duk berceramah, menasihat, menulis, menyalin dan menampal artikel-artikel pasal keagamaan dalam email, blog, facebook, dalam radio, dalam tv dan lain-lain. Nok suruh orang dan diri sendiri insaf. Kalau bukan bulan ramadhan macam biasa r, banyok yang kita lupa. Samalah juga dengan mesjed. Taim bulan pose penuh mesjed/sura. Taim lain, tinggallah lima enam orang je. Inilah kita. Takpe, mungkin lepas ni kita makin insaf dan sedor hendaknya. InsyaAllah. Seperti blogger lain juga, entri kali neh nak berkongsi pasal Rahsia Solat 'Hatim Al-Assam' dan sedikit risalah untuk kita sama-sama ambik ikhtibor.
Bermula, Ahli Ibadah, Isam Bin Yusuf yang warak. Adapun masih khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih warak, semata-mata untuk memperbaiki dirinya yang selalu measakan solatnya kurang khusyuk. Suatu hari ditakdirkan menghadiri majlis bersama seorang abid, Hatim Al-Assam. Lalu beliau bertanya berkaitan dengan khusyuk dalam solat.
"Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim menjawab, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya lagi, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim menyambung, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air dan wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu; Bertaubat, Menyesali dosa yang telah dilakukan, Tidak tergila-gilakan dunia, Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya'), Tinggalkan sifat berbangga diri, Tinggalkan sifat khianat dan menipu, Meninggalkan sifat dengki"
Seterusnya Hatim berkata lagi,
"Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."
Lalu menambah, "Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila habis mendengar akan penerangan Abid itu, menangislah beliau kerana membayangkan ibadahnya yang masih lagi kurang baik dibandingkan dengan Hatim.

Begitulah cerita yang menyentuh perasaan berkaitan dengan solat. Sama-samalah kita ambil ikhtibor dari cerita itu.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nota =
Abid adalah orang yang dikuasai oleh hal atau zauk yang membuat dia merasakan secara bersangatan bahawa dirinya hanyalah seorang hamba yang tidak memiliki apa-apa dan tidak mempunyai sebarang daya dan upaya untuk melakukan sesuatu. Kekuatan, keupayaan, bakat-bakat dan apa sahaja yang ada dengannya adalah daya dan upaya yang daripada Allah s.w.t. Semuanya itu adalah kurniaan-Nya semata-mata. Allah s.w.t sebagai Pemilik yang sebenar, apabila Dia memberi, maka Dia berhak mengambil kembali pada bila-bila masa yang Dia kehendaki. Seorang abid benar-benar bersandar kepada Allah s.w.t hinggakan sekiranya dia melepaskan sandaran itu dia akan jatuh, tidak bermaya, tidak boleh bergerak, kerana dia benar-benar melihat dirinya kehilangan apa yang datangnya dari Allah s.w.t. Hal atau suasana yang menguasai hati abid itu akan melahirkan amal atau kelakuan sangat kuat beribadat, tidak memperdulikan dunia dan isinya, tidak mengambil bahagian dalam urusan orang lain, sangat takut berjauhan dari Allah s.w.t dan gemar bersendirian. Dia merasakan apa sahaja yang selain Allah s.w.t akan menjauhkan dirinya daripada Allah s.w.t.
(Dari: Walikutubkulubullah SH Nadzir As Saghir dalam 'Berbagai-bagai jenis amal adalah kerana berbagai-bagai ahwal(hal-hal)
Di sini kita tambah sedikit penerangan berkenaan dengan Rahsia Solat
Semuannya bermula dari Wuduk hingga ke salam. Apa yang kita perlu ketahui dengan kata menghadirkan Zat Solat itu ialah Niat. Niat itu ialah bekas Nur Sir Kalam Allah yang 'tiada berhuruf dan bersuara ya'ni rahsia qalam qadimNya iaitu dibilangkan berkata kata kita dengannya.
Perlu juga ketahui bila kita mengangkat Takbiratul Ikhram itu hal keadaannya mati sebagaimana sabda Nabi s.a.w. pada mengisyaratkan dengan katanya:
"Mutu Qabla Anta Mutu" Matikanlah diri kamu sebelum kamu mati.

Yang dimaksudkannya itu fana'kan dirimu yang kasar, fana'kan panca inderamu yang bangsa zahir(khawas yang lima). Maka tatkala itu disuruh tilik atau pandang dirimu yang halus atau batin dengan menggunakan panca indera yang batin, kerana adalah yang batin itu berpakaian dengan Sifat Maani, manakala Sifat Maani itu adalah sifat yang lazim atau tetap bagi Zat Allah yang Wajibal wujud lagi Baqa'. Maka jika telah tetaplah bahawa Sifat Maani itu adalah Sifat Zat Allah wajiblah baginya dihukumkan Maanawiyah.
Maka untuk mendapatkan kata putus atau putus bicara mengena'i ta'arif pada Sifat Maani dan Maanawiyah perlu dibicarakan dengan teliti dan halus, bagi memahami Sifat Maani dan Maanawiyah.
Adapun dikatakan dalam pembicaraan taarif Sifat Maani itu demikian:-
"Hiya kullu sifatin maujudatin qa'inatin bimaujudin aujabat lahu hukman."
Tiap tiap sifat yang sedia ada yang berdiri dengan Zat Yang Sedia Ada diwajibkan yakni ditetapkan baginya satu hukum. Maka dalam perkara ini Sifat Maani itu wajib dihukumkan Maanawiyah.
Manakala hakikat Sifat Maani itu adalah "La hiya huwa hiya ghairuhu" Sifat itu bukan Zat, tetapi tiada lain dari Zat.(Kelakuan Sifat ini tidak berdiri dengan sendirinya tetapi lazim dia berdiri dengan Zat sebab antara zat dan sifat tidak boleh berpisah).
Adalah taarif Sifat Maanawiyah pula dikatakan:- "Hiyyal khaluth thabitu lizzati mada matizzatu mu'allalatin bi illatin" Hal yang sabit yakni tetap bagi Zat selama kekal Zat itu dikeranakan dengan satu kerana yakni Sifat Maani. Maka hakikat Sifat Maanawiyah itu " La hiya ghairuhu" Tiada lain dari Zat. Yang demikian nyatalah atau jelaslah sudah bahawa yang dihukum Maanawiyah itu adalah Sifat Maani atau Sifat Maani itulah Sifat Maanawiyah.
Hendaklah kitaketahui dengan sempurna pengetahuan pengenalan bahawasanya Hakikat diri yang batin itu dipakaikan dengan rahsia Sifat MaaniNya. Rahsia Sifat Maani itulah Ruh Latifurrabaniah yang jadi hakikat bagi dirimu yang sebenar benar diri. Manakala adalah hakikat diri yang sebenar diri itu sebagai dzil yakni bayang-bayang bagi kelakuan atau Sifat wujud Zat Allah yang mutlak lagi tiada seumpama dengan sesuatu.

Untuk pengetahuan, Sifat Maa'ni: Tiap-tiap barang yang berdiri (tiap-tiap yang berdiri dengan ZatNya) mewajibkan Hukum.
dan Sifat Manawiyyah: Hal yang wajib tiap-tiap bagi Zat semasa ada Zat dikeranakan dengan sesuatu (dikeranakan oleh Sifat Ma’ani)

Ketahuilah kita bahawa bila kita mengangkat Takbiratul Ikhram itu dengan berkata Allahu Akbar kita berada didalam Maqam Tauhid. Yang mana dituntut atas kita mentauhidkan akan ZatNya, SifatNya, Asma'Nya dan Af'alNya. Oleh kerana itulah bahawa tempat atau Maqam Tauhid kepada Allah itu didalam Takbiratul Ikhram pada lima waktu Solat Fardhu. berkait rapat pula dengan jalan tauhid. Untuk mendapatkan jalan Tauhid yang sebenar-benarnya itu hendaklah kita ketahui dengan sempurna pengetahuan didalam bicara berkenaan Nafi dan Isbat. Oleh kerana didalam Nafi dan Isbat itulah duduknya Tauhid dan Ma'rifat. dan ini hendaklah diketahui pula Hakikat Nafi yang sebenar.
Kesimpulannya:
1) Kita sembahyang kerana sedar kepada kenyataan Sifat-SifatNya Yang Maha Tinggi dan Agung;
2) Kita berpuasa kerana sedarnya kepada kenyataan Sifat-Sifat Yang Menahani, Yang Menyempitkan dan Yang Empunya Kehendak.
3) Kita berzakat kerana sedar tentang Sifat-SifatNya, Yang Maha Kaya, Yang Maha Pemurah, dan Yang Maha Adil .
4) Kita mengerjakan Haji kerana sedar tentang Panggilan Dan Seruan TuhanNya menghadapNya.

Inilah Haq Tuhan atas segala hambaNya iaitu Menghendaki bahawa menyembah mereka itu akan Dia adalah kerana sedar akan nyata wujudnya segala Sifat Allah yang Jamiilah di setiap yang terzahir pada amal ketaatannya. Oleh itu palingkan kejahilan dan kebebalan kita dalam beramal itu kepada menghadap "Ke mana sahaja kamu memandang, di situ ada Wajah Allah".
Sesuai pula dengan kata-kata Sheikh Ibnu A'rabi sebagai perumus keterangan di atas."Rahsia Kemurahan Tuhan itu terzahir pada wujud yang tidak ada daya upaya kecuali Allah".
Jadi apa yang kita perlu sangat tahu ialah:
Siapa yang menyembah, siapa yang disembah dan apa yang dipersembahkan. InsyaAllah. Jadi sama-samalah kita memperbaiki dan menyedari hakikatnya dan tarikatnya. Minta ampun dengan Allah jika berdosa saya berkongsi. dan minta saudara-saudari berkongsi jika ia salah dan tersilap.
Assalamualaikum.
http://myskrempes.blogspot.com/
7 comments:
Salam bertandang lagi apa khabar? Moga sihat orang di sini..jangan lupa bayar zakat fitrah
he he ...
جزاك اللهُ خيراً
InsyaAllah kalau sempat. Wajib tu.
salam....
teruskan berdakwah...
huh, bagus & padat n3 ni. t kasih & smoga kita bawok ketekunan beramal smpena ramadhan kali ini sampai bila2. insya-Allah...
salam,
koi singgoh nk ngucapkan:
1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
2. Semoga segala doa, ibadah dan taubat kita dimakbulkan-Nya dan semoga berbahagia dunia akhirat.
3. Terima kasih sudi menjalin silaturrahim yang sungguh bermakna & berkongsi pengalaman yang sangat berharga.
4. Terima kasih juga kerana sentiasa memberi sokongan.
5. Berhati-hati di jalanraya.
This is a great blog.....i hope you have tovisit me back :)
great post brada
Post a Comment